Lai Wei Sieng berkata projek itu tingkat mobiliti tenaga kerja, perkukuh integrasi ekonomi dan meningkatkan daya saing Johor sebagai destinasi pelaburan langsungLai Wei Sieng berkata projek itu tingkat mobiliti tenaga kerja, perkukuh integrasi ekonomi dan meningkatkan daya saing Johor sebagai destinasi pelaburan langsung

RTS Link kunci tarik pelaburan tinggi ke Johor, kata pakar ekonomi

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
RTS LINKRTS Link dijadualkan mula beroperasi pada 1 Jan 2027 dengan 100 lorong e-gate di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin Bukit Chagar. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru–Singapura menjadi pemudah cara bagi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), sekali gus kunci menarik pelaburan bernilai tinggi ke negeri itu, kata pakar ekonomi.

Lai Wei Sieng dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, projek itu meningkatkan mobiliti tenaga kerja, memperkukuh integrasi ekonomi dan meningkatkan daya saing Johor sebagai destinasi pelaburan langsung asing (FDI).

“RTS Link bagi saya satu pemangkin FDI di Johor kerana ia akan meningkatkan kesalinghubungan.

“Jadi, firma boleh memanfaatkan kekuatan Singapura dari segi kewangan, teknologi dan juga jaringan global, manakala di Johor pula, firma boleh mengambil manfaat dari segi kelebihan daya saing,” katanya kepada FMT.

Lai Wei Sieng.

Lai berkata, tanah yang luas dan kos operasi lebih rendah di Johor akan menarik pelabur apabila integrasi ekonomi berlaku melalui RTS Link dan JS-SEZ.

Beliau membandingkan potensi hubungan Johor-Singapura dengan Shenzhen dan Hong Kong, dengan kesalinghubungan rentas sempadan menjadi antara faktor membantu Shenzhen berkembang sebagai hab teknologi dan pembuatan yang melengkapi kekuatan Hong Kong sebagai pusat kewangan.

“Kalau tiada kesalinghubungan rentas sempadan ini, Shenzhen tidak akan berkembang seperti sekarang,” katanya.

Beliau berkata, hubungan kerja istimewa Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan rakan sejawatnya di Singapura membantu memperkukuh komitmen kerajaan persekutuan terhadap RTS Link, sekali gus memberi keyakinan lebih besar kepada pelabur terhadap prospek jangka panjang Johor.

Katanya, projek itu mencerminkan komitmen kedua-dua kerajaan untuk menambah baik hubungan Malaysia-Singapura melalui infrastruktur fizikal, dengan penyelarasan rapat antara Kementerian Pengangkutan dan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) membantu memastikan pelaksanaannya kekal mengikut jadual.

Menurutnya, tanpa komitmen dua hala itu Johor mungkin kekal terikat kepada model ekonomi semasa, yang lebih bergantung pada pelaburan domestik dan kurang menarik pelaburan bernilai tinggi dari luar negara.

“Tanpa komitmen ini, Johor akan menjadi seperti negeri lain. Ia tidak mempunyai sesuatu yang istimewa untuk menarik pelabur lain,” katanya.

Lai berkata, kesan pengganda ekonomi daripada projek RTS Link akan memberi manfaat kepada rakyat Johor dalam jangka panjang.

“Apabila pelaburan masuk, akan wujud lebih banyak peluang perniagaan dan aktiviti ekonomi, yang akan menjana pekerjaan. Apabila pendapatan meningkat, perbelanjaan isi rumah juga akan meningkat, dan ini akan merancakkan aktiviti ekonomi,” katanya.

Sementara itu, perunding pengangkutan Rosli Khan berkata rangkaian tersebut boleh membantu mengurangkan kesesakan di Tambak Johor dengan meningkatkan kapasiti perjalanan antara Johor Bahru dan Singapura.

“Ia akan meningkatkan kapasiti dengan ketara dan sudah tentu mengurangkan masa perjalanan antara Johor Bahru dan Singapura, serta sebaliknya,” katanya.

rosli khanRosli Khan.

Bagaimanapun, Rosli menegaskan sasaran masa perjalanan 15 minit hanya merujuk antara Bukit Chagar dan Woodlands, termasuk masa urusan imigresen, bukan keseluruhan perjalanan pengguna.

Beliau berkata, bukan semua pengguna tinggal di Bukit Chagar dan mereka masih perlu ke stesen itu dengan kereta, bas atau motosikal dari kawasan lain di Johor.

Rosli menganggarkan, jika RTS Link dapat menjimatkan purata sejam masa perjalanan bagi 40,000 pengguna sehari, ia boleh mengurangkan kerugian produktiviti sekitar RM500 juta setahun, berdasarkan nilai RM50 sejam dan 250 hari bekerja.

“Apabila orang ramai dapat berada di meja kerja atau di kedai satu jam lebih awal setiap hari bekerja, jumlah itu menjadi angka yang signifikan,” katanya.
RTS Link adalah inisiatif kerajaan persekutuan yang bertujuan menambah baik kesalinghubungan dan kualiti hidup rakyat Johor.

Rangkaian sepanjang kira-kira 4km itu, yang dilaksanakan melalui Malaysia Rapid Transit System Sdn Bhd, anak syarikat MRT Corp, akan menghubungkan Bukit Chagar di Johor Bahru dengan Woodlands North di Singapura.

Perkhidmatan itu dijadualkan mula beroperasi pada 1 Jan 2027, dengan 100 lorong e-gate di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Bukit Chagar.

Apabila beroperasi sepenuhnya, ia dijangka menampung 30% hingga 40% pergerakan di Tambak Johor.

Piyasa Fırsatı
Katana Inu Logosu
Katana Inu Fiyatı(KATA)
$0.00001665
$0.00001665$0.00001665
+11.07%
USD
Katana Inu (KATA) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs