Seorang pengundi berkata ekonomi berada di landasan betul dan mengaitkan pencapaian itu dengan kerajaan perpaduan diterajui PH.Seorang pengundi berkata ekonomi berada di landasan betul dan mengaitkan pencapaian itu dengan kerajaan perpaduan diterajui PH.

Faktor ekonomi penentu undi Cina di Johor

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
sme pksKira-kira 36% pengundi Cina di Johor dijangka memfokuskan isu ekonomi ketika mereka keluar mengundi Sabtu ini.

JOHOR BAHRU: Bagi pengundi Cina di sini, isu ekonomi akan menjadi penentu ketika mengundi pada PRN Sabtu ini.

Kira-kira 36% pengundi Cina daripada keseluruhan 2.7 juta pengundi di Johor dijangka menyokong Pakatan Harapan (PH).

Seorang ahli perniagaan ingin dikenali sebagai William berkata, ekonomi berada di landasan betul dan mengaitkan pencapaian itu kepada kerajaan perpaduan diterajui PH.

“Anwar (Ibrahim) membawa lebih banyak pelaburan ke Johor,” katanya kepada FMT merujuk perdana menteri.

“Apabila lebih banyak kilang dibuka, akan ada lebih banyak peluang pekerjaan. Ini bagus untuk kami,” katanya sambil menambah banyak syarikat asing menubuhkan kilang di Skudai.

Mac lalu, Johor dilaporkan mencatat pelaburan diluluskan berjumlah RM110 bilion pada 2025, tertinggi berbanding semua negeri.

Seorang lagi pengundi yang ingin dikenali sebagai John berkata, beliau akan menyokong PH pada Sabtu ini dan berharap gabungan itu akan lebih berusaha dalam membantu ibu bapa menangani kos pendidikan semakin meningkat.

Lelaki berusia 65 tahun itu mempunyai seorang anak yang sedang belajar di Kuala Lumpur dan seorang lagi anak mengikuti pengajian undang-undang di Johor.

“Saya harap kerajaan dapat menyediakan lebih banyak bantuan untuk membantu ibu bapa membayar yuran kolej,” katanya.

Masa tidak sesuai untuk PRN

Seorang ahli perniagaan yang mahu dikenali sebagai Lee berkata, PRN mengejut itu diadakan pada masa tidak sesuai susulan perang di Iran.

Jelasnya, perniagaan berwaspada terhadap kesan konflik di Timur Tengah kerana perang itu menyebabkan lonjakan harga tenaga yang membawa kepada kenaikan kos barangan serta perkhidmatan bagi pengguna.

“Mereka sepatutnya tunggu sehingga kuasa membeli rakyat kembali pulih kerana perusahaan kecil dan sederhana memerlukan lebih banyak kestabilan (selepas kesan perang).”

Beberapa pengundi yang ditemui FMT turut mengadu mengenai saingan sengit dalam PRN Johor kali ini. Selain PH dan Barisan Nasional (BN) yang bertanding di semua 56 kerusi, calon Perikatan Nasional, Muda, Bersama dan bebas akan berentap pada Sabtu ini.

Mereka berkata, ia menyukarkan mereka untuk memilih siapa yang layak mendapat undi.

Seorang peguam bersara yang enggan dinamakan berkata, beliau keliru kerana banyak parti bertanding dalam PRN Johor Sabtu ini.

“Tidak cukup masa untuk memahami semua calon,” katanya sambil menambah beliau masih tidak mengenali Bersama, parti yang diketuai bekas menteri ekonomi, Rafizi Ramli.

Peniaga pasar, Alan Tan, 54, berkata beliau mahu calon meluangkan lebih banyak masa mendengar masalah peniaga, bukannya sekadar singgah sebentar untuk ketika berkempen.

“Saya tidak akan mengundi (dalam PRN kali ini).”

Pengundi Melayu berusia masih sokong BN

Bagi ramai pengundi Melayu berusia, sokongan terhadap BN hampir tidak berubah.

Hassan Che MatHassan Che Mat.

Hassan Che Mat, pesara tentera laut berkata, beliau mengundi BN sebelum ini kerana keharmonian lebih penting daripada politik.

Bekas penjawat awam, Senian Ahmad, 71, berkata BN patut terus membangunkan Johor sambil menangani masalah banjir dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk anak muda.

Senian AhmadSenian Ahmad.

Seorang pelajar berusia 19 tahun yang mahu dikenali sebagai Alia berkata, pengundi muda memfokuskan isu lain.

“Orang Melayu lebih tua mungkin mahukan kestabilan dan kemajuan, tetapi orang muda mahukan sesuatu yang segar,” katanya merujuk isu iklim, kesan pusat data dan kelestarian sebagai topik yang menarik minat pengundi muda.

Seorang lagi pengundi 19 tahun yang mahu dikenali sebagai Fatin berkata, beliau akan mengundi Bersama di Kempas.

“Saya ingin tahu apa yang ditawarkan parti baharu lebih kecil. Mari kita uji mereka.”

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

Activate to Enjoy Special Perks

Activate to Enjoy Special PerksActivate to Enjoy Special Perks

Access 0 fees, premium support, and loss coverage.