Carmelo Ferlito beri amaran cadangan pengerusi BN Johor boleh tingkat beban fiskal kerajaan dan berulangnya ketirisan meruncing.Carmelo Ferlito beri amaran cadangan pengerusi BN Johor boleh tingkat beban fiskal kerajaan dan berulangnya ketirisan meruncing.

Cadangan Onn Hafiz mansuh kuota bahan api tak bertanggungjawab, kata ahli ekonomi

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
Onn Hafiz GhaziCadangan Onn Hafiz Ghazi kerajaan memansuhkan kuota belian bahan api hanya untuk keuntungan politik berbanding kesan jangka panjang bagi negara, menurut penganalisis.

PETALING JAYA: Cadangan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Onn Hafiz Ghazi supaya kuota bulanan subsidi bahan api dimansuhkan disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab yang menurut ahli ekonomi boleh menjejaskan kemampanan fiskal negara selain berulangnya ketirisan meruncing.

Carmelo FerlitoCarmelo Ferlito.

Carmelo Ferlito dan Tan Peck Leong menyifatkan alasan kestabilan harga diesel serta petrol di pasaran ketika ini tidak sepatutnya digunakan untuk mencadangkan langkah populis jangka pendek.

Ferlito berkata, perubahan kepada subsidi terbuka berisiko menyebabkan beban fiskal kembali meningkat jika harga bahan api di pasaran dunia kembali melonjak yang jika berlaku kesannya ditanggung rakyat sebagai pembayar cukai.

Krisis Asia Barat menyebabkan jumlah tanggungan subsidi kerajaan melonjak sehingga kira-kira RM5 bilion sebulan mulai Mac berbanding RM500 juta bagi dua bulan pertama tahun ini.

“Pengajaran utama ialah subsidi mampu ditanggung ketika harga stabil.

“Tetapi, apabila harga global meningkat mendadak, kos menampungnya boleh melonjak cepat dan akhirnya pembayar cukai menanggung perbezaannya,” kata ketua pegawai eksekutif Center for Market Education kepada FMT.

Beliau berkata, pemansuhan kuota tanpa reformasi lebih menyeluruh hanya akan mengembalikan masalah lama iaitu pendedahan subsidi yang tidak terkawal dan ketirisan menyebabkan kerugian besar.

Tan Peck LeongTan Peck Leong.

Tan dari Universiti Teknologi Mara pula berkata, pemansuhan kuota seperti dicadangkan menteri besar Johor itu boleh melemahkan perubahan tingkah laku seperti penggunaan bahan api lebih cekap, amalan berkongsi kenderaan, penggunaan pengangkutan awam dan perancangan mobiliti bandar lebih baik.

Katanya, data menunjukkan kurang 1% pengguna menggunakan lebih daripada kuota bulanan 200 liter bawah Budi Madani RON95 (BUDI95) yang diselaraskan sejak 1 April lalu.

“Penjimatan daripada pelaksanaan kuota subsidi bahan api tu perlu dilaburkan dalam pengangkutan awam, kesalinghubungan peringkat awal dan akhir perjalanan, bantuan tunai bersasar, kesihatan, pendidikan serta infrastruktur luar bandar,” katanya.

Mereka mengulas laporan Oriental Daily berhubung gesaan Onn Hafiz supaya Putrajaya memansuhkan kuota bulanan bagi pembelian bahan api bersubsidi, khususnya petrol RON95 dan diesel.

Beliau mendakwa menerima aduan yang kuota 200 liter bagi RON95 tidak mencukupi, manakala kuota diesel untuk perniagaan pula menyebabkan kos operasi meningkat.

Ketua Umno Johor itu turut mempersoalkan keperluan untuk terus mengehadkan pembelian bahan api bersubsidi, dengan berkata harga minyak mentah ‘sudah stabil’.

Cadangan populis politik

Sementara itu, Syaza Shukri berkata tindakan Onn Hafiz mencerminkan bagaimana kebanyakan ahli politik cenderung mengutamakan kelangsungan politik dengan menumpukan keuntungan jangka pendek seperti keputusan pilihan raya.

Syaza Shukri.Syaza Shukri.

Onn Hafiz kini sedang berjuang untuk mendapatkan mandat baharu daripada rakyat pada PRN Johor bakal berlangsung Sabtu ini.

Menurut penganalisis dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, populisme sering mengatasi pertimbangan lain dalam sistem demokrasi sehingga menyukarkan kemunculan pemimpin sanggup membuat keputusan sukar demi kepentingan negara.

Syaza berkata, jika kerajaan berpatah balik daripada reformasi itu, ia akan mewujudkan jangkaan yang tidak sihat bahawa reformasi hanya langkah sementara ketika berdepan krisis.

“Sebarang usaha pada masa depan akan menjadi sukar,” katanya menyamakan situasi itu dengan pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

“Selepas dimansuhkan, usaha memperkenalkannya semula menjadi cabaran politik walaupun ia mungkin membawa lebih banyak manfaat.”

Azmi HassanAzmi Hassan.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara pula hairan dengan kenyataan Onn Hafiz berhubung kuota subsidi menjelang PRN Johor memandangkan perkara itu melibatkan dasar di peringkat persekutuan yang Umno sebahagian anggotanya.

“Sangat pelik kerana presiden Umno (Zahid Hamid) ialah timbalan perdana menteri dan sebahagian anggota Kabinet membuat keputusan itu,” katanya.

Menurutnya, walaupun pemansuhan kuota mungkin selari dengan sentimen popular, ahli politik tidak sepatutnya mengetepikan punca kuota itu diperkenalkan pada asalnya.

Piyasa Fırsatı
Katana Inu Logosu
Katana Inu Fiyatı(KATA)
$0.00002454
$0.00002454$0.00002454
-3.72%
USD
Katana Inu (KATA) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs