Pengarah komunikasi PH berkata fokus gabungan itu ialah menggerakkan jentera, memenangi hati rakyat dan membuktikan ia boleh menerajui, mewakili rakyat dan pengundiPengarah komunikasi PH berkata fokus gabungan itu ialah menggerakkan jentera, memenangi hati rakyat dan membuktikan ia boleh menerajui, mewakili rakyat dan pengundi

PAS tak bantu kempen Bersatu beri PH kelebihan, kata Fahmi

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
Pengarah Komunikasi PH Fahmi Fadzil berkata walaupun lawan berdepan pergolakan dalaman dan wujud parti serpihan seperti Parti Bersama Malaysia, fokus PH adalah memastikan penyokongnya keluar mengundi 11 Julai ini.

MUAR: Keputusan PAS tidak membantu kempen Bersatu dijangka memberi sedikit kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH) untuk memenangi lebih banyak kerusi pada PRN Johor.

Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil, berkata walaupun lawan berdepan pergolakan dalaman dan wujud parti serpihan seperti Parti Bersama Malaysia (Bersama), fokus PH adalah memastikan penyokongnya keluar mengundi pada 11 Julai ini.

“Parti lain bukan kita tak endahkan, tapi kita akan fokus kepada kekuatan PH,” katanya selepas Program Jiwa@Komuniti Madani Sembang Santai Edisi Piala Dunia Fifa 2026 di Pasar Awam Parit Jawa bersama calon PH bagi DUN Sungai Balang, Soraya Badaruddin.

“Bagi PH, keutamaan dan fokus adalah untuk menggerakkan jentera, memenangi hati rakyat dan membuktikan PH boleh menerajui, mewakili rakyat dan pengundi di Johor,” kata menteri komunikasi itu sambil menyeru semua parti tidak menyentuh isu agama, kaum dan raja (3R) sepanjang kempen PRN Johor.

Kelmarin, Presiden PAS, Hadi Awang dilaporkan berkata, jentera pilihan raya parti itu tidak akan membantu kempen calon Bersatu pada PRN Johor.

Beliau berkata, ‘perceraian’ PAS dan Bersatu, termasuk jentera kempen bergerak berasingan, bukan strategi politik bagi memperkukuh PN menjelang pilihan raya.

PAS bertanding 11 kerusi, manakala Bersatu di 16 DUN atas tiket PN.

Semalam, PAS mengarahkan jenteranya di DUN ditandingi Bersatu bertugas di kerusi ditandingi parti itu dan komponen PN lain pada PRN Johor.

PH sasar bentuk kerajaan negeri

Fahmi berkata, PH akan berusaha sedaya upaya untuk membentuk kerajaan negeri di Johor.

“Kita PH akan usaha terbaik. Kita bermula 12 kerusi yang kita menang dalam PRN lalu, kita berharap semua bekerja keras untuk pastikan jumlah itu meningkat.

“Semalam, ketua setiausaha PH memaklumkan dalam masa beberapa hari manifesto PH akan dibentangkan. Saya percaya kita akan tunjukkan PH serius berusaha bentuk kerajaan negeri dan memenangi lebih banyak kerusi,” katanya mengulas kenyataan Pengerusi Barisan Nasional, Zahid Hamidi, mahu menambah kerusi pada PRN Johor.

Piyasa Fırsatı
Katana Inu Logosu
Katana Inu Fiyatı(KATA)
$0,00002712
$0,00002712$0,00002712
-0,18%
USD
Katana Inu (KATA) Canlı Fiyat Grafiği
Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Newbies:Deposit $100, Get $1,000Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Plus Up to a $50 Referral Bonus