Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan berkenan menerima penzahiran kejadian Faris Johari sebagai Undang Luak Sungei Ujong ke-11 dengan gelaran Datuk Klana PetraYang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan berkenan menerima penzahiran kejadian Faris Johari sebagai Undang Luak Sungei Ujong ke-11 dengan gelaran Datuk Klana Petra

Tuanku Muhriz terima hadap Undang Luak Sungei Ujong baharu

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
Orang Empat Istana tampil menghadap Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bagi perkenan memulakan istiadat, sebelum Undang Luak Sungei Ujong menjunjung duli dan melafazkan sembah taat setia kepada baginda. (Gambar Bernama)

KUALA PILAH: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menzahirkan Faris Johari sebagai Undang Luak Sungei Ujong ke-11 di Istana Besar Seri Menanti, di sini, hari ini.

Istiadat dimulakan dengan Orang Empat Istana tampil menghadap Tuanku Muhriz bagi perkenan memulakan istiadat, sebelum Undang Luak Sungei Ujong menjunjung duli dan melafazkan sembah taat setia kepada baginda.

Tuanku Muhriz berkenan menerima penzahiran kejadian Faris sebagai Undang Luak Sungei Ujong ke-11 dengan gelaran Datuk Klana Petra.

Baginda kemudian menzahirkan harapan supaya semua janji dilafazkan sentiasa dipegang penuh keikhlasan, amanah dan rasa tanggungjawab.

“Beta mengingatkan Orang Kaya beta sentiasa menjunjung taat setia kepada Institusi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan serta memelihara hubungan erat dan penuh hormat dengan beta dan istana,” titah baginda pada Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Sungei Ujong.

Turut berangkat, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud, Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Panglima Besar Tunku Zain Al-‘Abidin.

Istiadat penuh tradisi itu turut disaksikan Menteri Besar, Aminuddin Harun serta ketua jabatan kerajaan negeri.

Tuanku Muhriz bertitah, hubungan yang terjalin atas dasar saling menghormati, kepercayaan dan muafakat merupakan asas penting dalam memastikan kelangsungan pemerintahan beraja, kedaulatan adat serta kesejahteraan negeri.

Baginda turut menyeru rakyat berganding bahu dengan kepimpinan adat dalam memperkemas dan melaksanakan semua urusan serta tanggungjawab adat sebaik-baiknya, selain terus menghormati dan menjunjung tinggi nilai adat yang diwarisi sejak turun-temurun.

Faris dilahirkan pada 30 Okt 1997, memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan memperoleh kelayakan profesional menerusi program Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) pada 2022.

Faris, 28, mendirikan rumah tangga dengan Sharifah Amirah Syed Ismail Ash-Shahab.

Istiadat akan bersambung petang ini, dengan Tuanku Muhriz perkenan penzahiran Undang Luak Rembau ke-22.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order