PAS tamat kerjasama politik dengan Bersatu pada 8 Jun dengan Bersatu kemudian berikrar menentang PAS habis-habisan pada PRN Johor dan Negeri Sembilan.PAS tamat kerjasama politik dengan Bersatu pada 8 Jun dengan Bersatu kemudian berikrar menentang PAS habis-habisan pada PRN Johor dan Negeri Sembilan.

Hadi nafi dakwaan PAS-Bersatu pecah demi strategi pilihan raya PN

2026/06/26 12:07
Okuma süresi: 2 dk
Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
abdul hadi awangPresiden PAS Hadi Awang, berkata jentera setiap parti akan bergerak secara berasingan memandangkan Bersatu berkeras bertanding di bawah simbol PN. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Presiden PAS Hadi Awang menolak dakwaan perpecahan politik antara PAS dan Bersatu menjadi taktik bertujuan meningkatkan peluang pilihan raya Perikatan Nasional (PN).

Hadi berkata, jentera setiap parti bergerak berasingan memandangkan Bersatu berkeras bertanding di bawah simbol PN, lapor Utusan Malaysia.

“Kita tetap dengan simbol, yang Bersatu saya tidak tahu strategi atau tidak. Mungkin strategi dia sendiri tetapi insya-Allah orang PAS akan bekerja,” katanya di Masjid Rusila, di Marang.

Beliau mengulas berkait dakwaan dua parti itu hanya berpura-pura berpecah dan akhirnya akan memulihkan hubungan demi memperkukuh peluang pilihan raya PN.

PAS menamatkan kerjasama politiknya dengan Bersatu pada 8 Jun. Bersatu kemudiannya berikrar akan menentang PAS habis-habisan pada PRN Johor dan Negeri Sembilan, namun menegaskan kekal bertanding di bawah PN.

PAS dan Bersatu menggunakan simbol PN pada PRN Johor.

Dua parti itu mengumumkan calon mereka pada majlis berasingan malam tadi, dengan PAS mengumumkan 11 calonnya di Bakri, manakala Bersatu mengumumkan 16 calon di Pagoh.

Seramai 33 calon PN dijangka bertanding pada PRN Johor dengan Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) P Punithan menamakan lima calon semalam, selain Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir mengumumkan satu calon.

DUN Johor mempunyai 56 kerusi, namun tidak jelas mengapa PN tidak mengumumkan calon bagi 23 kerusi lain.

Sebelum pembubarannya, Barisan Nasional (BN) memegang 40 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) menguasai 12, PN tiga, dan Muda satu.

Hari penamaan calon akan diadakan esok disusuli kempen pilihan raya.

Pengundian PRN Johor ditetapkan 11 Julai, dengan pengundian awal berlangsung 7 Julai.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order