R Kumaran daripada MIC berkata ketiadaan PN dan penyertaan Bersama mampu pecah undi untuk BN rampas semula kerusi PH.R Kumaran daripada MIC berkata ketiadaan PN dan penyertaan Bersama mampu pecah undi untuk BN rampas semula kerusi PH.

BN intai rampas Bukit Batu lepas PN tak tanding

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
R Kumaran BN and Arthur Chiong PH Bukit BatuPertembungan lima penjuru di Bukit Batu dijangka menyaksikan sama ada Arthur Chiong daripada PH atau R Kumaran daripada BN menang, ambil kira majoriti tipis 137 undi diraih Chiong, pada 2022.

KULAI: Calon Barisan Nasional (BN) Bukit Batu yakin ketiadaan calon Perikatan Nasional (PN), selain penyertaan Parti Bersama Malaysia (Bersama) memberikan gabungan itu peluang terbaik merampas semula kerusi yang terlepas ke tangan Pakatan Harapan (PH) pada 2013.

R Kumaran daripada MIC, yang bertanding buat kali pertama, berkata 9,439 undi diperoleh Arthur Chiong daripada PH pada PRN 2022 boleh beralih kepada Bersama, iaitu parti yang dipimpin bersama bekas timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli.

“Sebaliknya, PN, yang mana calonnya memperoleh hampir 4,000 undi sebelum ini tidak meletakkan calon,” katanya.

“Kalau kita andaikan hanya 50% daripada mereka yang mengundi dua parti itu beralih kepada BN, yang sebelum ini mengumpulkan 9,302 undi, kita mampu menang selesa,” katanya kepada FMT ketika ditemui ketika berkempen.

Kumaran berkata, peluang kemenangan BN akan meningkat sekiranya peratusan keluar mengundi dalam kalangan pemilih Cina merosot, di sebalik spekulasi sebahagian pengundi daripada komuniti tersebut itu mungkin memilih tidak turun mengundi.

Beliau dalam pertembungan lima penjuru menentang Chiong, G Tamili (Bersama), M Premanand (Muda), dan Kamaruzaman Ali (bebas).

Bukit Batu mempunyai 49,963 pengundi dengan pengundi Cina dianggarkan 52.2% daripada keseluruhan pemilih, Melayu 37.8%, India 8.5%, dan komuniti lain 1.5%. Chiong menang kerusi berkenaan dengan majoriti tipis 137 undi, pada 2022.

Kumaran mengakui kempennya bermula agak perlahan, namun berkata momentumnya meningkat pada minggu kedua, terutamanya dalam kalangan pengundi Cina yang sebelum ini ‘mengabaikan’ mereka.

“Saya hanya berkempen menggunakan naratif kejayaan ekonomi Johor di bawah pimpinan Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi, menerusi tema ‘Maju Johor’ beliau yang diterima baik masyarakat. Saya yakin BN mampu rampas semula kerusi ini pada Sabtu,” tambahnya.

Selain Kumaran di Bukit Batu, MIC meletakkan empat calon pada pilihan raya Sabtu ini. Kerusi lain ditandingi ialah Kemelah, Kahang, dan Perling.

Pada PRN 2022, MIC menang tiga daripada empat kerusi ditandinginya iaitu Kemelah, Kahang, dan Tenggaroh, manakala tumpas di Bukit Batu.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs