Lebih 160 permohonan diterima sejak Skim Usahawan Tani Agrobank x Fama dilancarkan pada 23 Mei.Lebih 160 permohonan diterima sejak Skim Usahawan Tani Agrobank x Fama dilancarkan pada 23 Mei.

Agrobank terima permohonan pembiayaan mikro RM6.4 juta sejak Mei

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin Presiden (dua dari kanan) bersama Ketua Setiausaha KPKM Isham Ishak (tiga dari kanan) ketika melawat gerai penjaja di Pasar Tani Putrajaya. (Gambar Agrobank)

PETALING JAYA: Agrobank setakat ini menerima lebih 160 permohonan pembiayaan mikro bernilai RM6.4 juta sejak Skim Usahawan Tani Agrobank x Fama dilancarkan pada 23 Mei lalu.

Presidennya Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata pencapaian itu mencerminkan sambutan positif penjaja dan usahawan mikro.

Beliau yang juga ketua pegawai eksekutif Kumpulan Agrobank berkata kumpulan itu tahu akses kewangan lebih mudah, dekat dan sesuai dengan keperluan perniagaan harian mereka.

Menurut Tengku Ahmad, pihaknya turut memperluaskan sesi libat urus dengan peniaga bagi menerangkan skim terbabit yang kali ini di Pasar Tani Putrajaya, lokasi kelima.

Sebelum ini ia diadakan di Pasar Tani Taman Melawati, Pasar Tani Kelana Jaya, Pasar Tani Bandar Tasik Permaisuri dan Pasar Tani Dataran Puchong Permai.

Jelas, platform itu memberi ruang kepada peniaga mendapatkan penerangan mengenai kemudahan pembiayaan, khidmat nasihat kewangan, perlindungan takaful, pendigitalan perniagaan dan literasi kewangan.

Sesi libat urus di Pasar Tani Putrajaya turut disertai agensi serta institusi perbankan lain bagi memperkukuh usaha memperluas akses kewangan kepada penjaja, peniaga kecil dan usahawan mikro.

“Pendekatan turun padang ini membolehkan Agrobank mendengar keperluan peniaga secara langsung, selain memberi penerangan yang lebih bersasar mengenai kemudahan pembiayaan dan sokongan kewangan yang tersedia.

“Bagi peniaga kecil, akses kepada maklumat yang jelas dan mudah dicapai adalah penting bagi membantu mereka membuat keputusan kewangan yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan.

Tengku Ahmad Badli berkata, Agrobank menyediakan peruntukan pembiayaan RM20 juta bagi menyokong penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara.

“Kemudahan itu termasuk Skim Usahawan Tani Agrobank x Fama yang menawarkan kadar keuntungan serendah 2.5% setahun,” katanya.

Market Opportunity
4 Logo
4 Price(4)
$0.009873
$0.009873$0.009873
-0.86%
USD
4 (4) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.
Tags: