Jurucakap kerajaan berkata reformasi itu penting bagi memastikan institusi pendakwaan lebih bebas daripada pengaruh eksekutif.Jurucakap kerajaan berkata reformasi itu penting bagi memastikan institusi pendakwaan lebih bebas daripada pengaruh eksekutif.

Kerajaan sedia bentang RUU pisah peguam negara, pendakwa raya

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
fahmi fadzilJurucakap Kerajaan Fahmi Fadzil berkata Jemaah Menteri komited melaksanakan reformasi itu selepas mengambil kira hasil sesi libat urus dan syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kerajaan sedia membentangkan rang undang-undang (RUU) bagi memisahkan fungsi peguam negara dan pendakwa raya untuk dibahas serta diluluskan pada sidang Parlimen semasa.

Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil, berkata Jemaah Menteri komited melaksanakan reformasi itu selepas mengambil kira hasil sesi libat urus dan syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

“Persoalannya, adakah pihak pembangkang akan menyokong bagi melengkapkan majoriti lebih dua pertiga yang diperlukan memandangkan ini satu ‘reform’ dan usaha penambahbaikan yang baik untuk demokrasi negara serta menangani isu dibangkitkan ahli Dewan Rakyat selama ini,” katanya dalam sidang media mingguan usai mesyuarat Jemaah Menteri.

Mengulas kebimbangan kemungkinan Ahli Parlimen kerajaan tidak hadir ketika pengundian, Fahmi berkata kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan kekal utuh dan terus mendapat sokongan semua parti komponen.

Beliau yang juga menteri komunikasi berkata, draf RUU itu juga sudah dipinda dengan mengambil kira pandangan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

“Ini membuktikan kerajaan mendengar dan membawa perubahan yang diminta ahli Dewan Rakyat tanpa mengira parti.

“Ahli Parlimen perlu meletakkan kepentingan negara, demokrasi dan Parlimen mengatasi permainan politik kerana ini tiada kaitan dengan politik, sebaliknya demi masa depan negara,” katanya.

Fahmi berkata, pemisahan kuasa bukan sahaja memisahkan peranan peguam negara dan pendakwa raya, malah menjamin institusi pendakwaan bebas campur tangan eksekutif.

Beliau turut mengingatkan kehadiran serta keputusan undian setiap Ahli Parlimen akan direkodkan dan mereka yang tidak hadir perlu menjelaskan tindakan itu kepada pengundi serta rakyat.

Mesyuarat khas teliti isu pekerja asing

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata Jemaah Menteri turut meneliti isu pekerja asing, termasuk membabitkan sektor makanan dan minuman (F&B).

Katanya, mesyuarat Jawatankuasa Kabinet akan diadakan seawal minggu depan dan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi bagi memastikan isu berkenaan dapat diurus serta diselesaikan.

“Bagi sektor-sektor yang sedang membincangkan isu khususnya pekerja asing, kita nantikan mesyuarat yang akan dipengerusikan timbalan perdana menteri,” katanya.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order