Haim Hilman Abdullah mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut di di Mahkamah Majistret Seremban.Haim Hilman Abdullah mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut di di Mahkamah Majistret Seremban.

Exco Kedah didakwa timbul kebimbangan awam berkait kenyataan kemasukan IPTA

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Haim Hilman AbdullahExco Kedah Haim Hilman Abdullah didakwa mengeluarkan kenyataan itu dalam satu ceramah di Markas PAS Seremban pada 13 Jun lalu. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Exco Kedah Haim Hilman Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban atas tuduhan menimbulkan kebimbangan awam dengan mengeluarkan kenyataan berkait proses kemasukan pelajar ke universiti awam.

Haim yang juga Adun Jitra membuat pengakuan itu selepas tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli, lapor Harian Metro.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan niat telah menyebabkan kebimbangan kepada orang awam dengan mengeluarkan kenyataan seperti:

‘Apa berlaku di IPTA hari ini? Universiti sedang menjual tempat-tempat untuk anak-anak kita kepada orang ada duit. Hari ini ada satu pintu masuk kat IPTA, pintu belakang, UPU dia tak layak, UPU dia tak sampai tahap ikut merit dia kalah. Tapi ayah dia orang kaya, keluarga dia ada duit’.

‘Bukan salah ibu ayah yang ada kemampuan, salah kerajaan tidak menambah tempat di universiti. Dah tahu orang makin ramai pandai, jumlah di fakulti tidak ditambah. Inilah bala yang sedang melanda negara kita’.

Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan itu antara 8 malam hingga 12 tengah malam di Markas PAS Seremban pada 13 Jun lalu.

Hilman didakwa di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara yang boleh sampai dua tahun atau denda atau dengan kedua-duanya.

Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan Ku Hayati Ku Harun mencadangkan tertuduh dikenakan ikat jamin RM10,000 dengan syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Barisan enam peguam Hilman yang diketuai Mohd Fauzi Che Abu merayu anak guamnya dikenakan ikat jamin RM5,000 dan berhujah jumlah ikat jamin dicadangkan pendakwaan bersifat menghukum dan tidak munasabah.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM5,000 dan menetapkan sebutan semula kes untuk serahan dokumen pada 30 Julai depan.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order