Mahkamah Tinggi dapati 'Negeri Kita' dan Ahmad Shahir Mohd Shah yang juga ketua editor akhbar itu memfitnah Rosmin Adam.Mahkamah Tinggi dapati 'Negeri Kita' dan Ahmad Shahir Mohd Shah yang juga ketua editor akhbar itu memfitnah Rosmin Adam.

SUA akhbar MB N Sembilan diarah bayar RM235,000 kerana fitnah ketua PAS Seremban

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Mahkamah SerembanMahkamah Tinggi Seremban dapati Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Ahmad Shahir Mohd Shah, dan akhbar milik kerajaan Negeri Sembilan ‘Negeri Kita’ memfitnah Ketua PAS Seremban Rosmin Adam pada 2024.

PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Seremban memerintahkan Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Shahir Mohd Shah, dan sebuah akhbar kerajaan Negeri Sembilan membayar ganti rugi am RM200,000 serta kos RM35,000 kepada Ketua PAS Seremban, Rosmin Adam berkait penerbitan berunsur fitnah, dua tahun lalu.

Keputusan itu dibuat menerusi sidang video dihadiri peguam plantif, Muhammad Rafique Rashid Ali, Akif Rusli, dan Muhammad Amirul Ar Rasyid Azman, selain Muhammad Faizal Abdullah mewakili defenden di hadapan Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris.

Berita Harian memetik kenyataan Rafique sebagai berkata, mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar keseluruhan keterangan saksi serta meneliti dokumen dikemukakan.

“Mahkamah memutuskan keputusan memihak kepada anak guam kami dalam tindakan saman fitnah terhadap penerbitan akhbar ‘Negeri Kita’ yang juga lidah rasmi kerajaan Negeri Sembilan dan Ketua Editornya yang juga Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar.

“Mahkamah memutuskan penerbitan yang menjadi subjek tindakan ini adalah bersifat fitnah terhadap plaintif dan bahawa pihak defendan gagal mewajarkan penerbitan tersebut melalui pembelaan-pembelaan dibangkitkan,” katanya.

Beliau menegaskan, sebarang aset atau lidah rasmi kerajaan Negeri Sembilan tidak wajar digunakan untuk kepentingan politik mahupun senjata pena bagi menekan pihak lawan.

“Ia sewajarnya digunakan untuk menyebarkan informasi atau isu-isu semasa yang sahih sumbernya.”

Sementara itu, Rosmin ketika dihubungi meluahkan rasa syukur dan lega kerana dapat membersihkan namanya daripada fitnah berkenaan selepas kira-kira dua tahun kes berkenaan berjalan.

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memberikan kemenangan kepada saya. Kes ini sudah berjalan lebih kurang dua tahun sejak 2024. Saya rasa lega, ini adalah detik manis untuk saya kerana sebelum ini saya dituduh sebagai orang yang memfitnah dan tersebar satu Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Shahir dalam kenyataan, berkata, beliau mengarahkan pasukan peguamnya memfailkan rayuan berhubung keputusan itu.

“Saya percaya terdapat asas fakta dan hujah yang wajar dipertimbangkan semula. Saya kekal berpendirian bahawa laporan yang diterbitkan dan laporan polis yang dibuat adalah berdasarkan maklumat yang dipercayai benar serta dibuat atas kepentingan awam, tanpa niat untuk memfitnah mana-mana pihak,” katanya.

Beliau menghormati keputusan itu, namun percaya ruang rayuan wajar digunakan untuk mendapatkan pengadilan yang sewajarnya.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order