Menteri Sumber Manusia R Ramanan berkata pengecilan syarikat juga dikenal pasti sebagai punca utama pemberhentian pekerja.Menteri Sumber Manusia R Ramanan berkata pengecilan syarikat juga dikenal pasti sebagai punca utama pemberhentian pekerja.

Perniagaan tutup punca lebih 42,000 hilang kerja tahun ini, kata menteri

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
r ramananMenteri Sumber Manusia R Ramanan berkata pasaran pekerjaan negara masih menunjukkan permintaan tenaga kerja yang tinggi apabila sebanyak 605,168 kekosongan jawatan diiklankan di portal MYFutureJobs. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 42,807 pekerja dilaporkan kehilangan pekerjaan di seluruh negara bermula Januari hingga 12 Jun lepas, kata Menteri Sumber Manusia R Ramanan.

Beliau berkata berdasarkan statistik Perkeso, penutupan perniagaan dan pengecilan syarikat dikenal pasti sebagai punca utama pemberhentian pekerja, iaitu melibatkan 17,485 orang atau 40.85%.

“Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kehilangan pekerjaan sebanyak 30% atau 12,844 orang, diikuti Selangor sebanyak 12,360 orang dan Johor yang merekodkan kadar kehilangan pekerjaan 8.1% atau 3,468 orang,” katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Ramanan menjawab soalan Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) mengenai sejauh mana faktor automasi dan kecerdasan buatan (AI) mempengaruhi trend penutupan dan pengecilan syarikat di Lembah Klang yang menyumbang majoriti kes kehilangan pekerjaan sejak awal tahun ini.

Beliau berkata AI bukan ancaman kepada pekerjaan pada masa ini, sebaliknya tenaga kerja perlu dipersiapkan dengan kemahiran berkaitan AI supaya tidak ketinggalan apabila teknologi itu menjadi keperluan pada masa hadapan.

Menjawab soalan tambahan Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu), Ramanan berkata tanggapan bahawa AI menjadi punca utama kehilangan pekerjaan adalah tidak tepat kerana data menunjukkan pemberhentian pekerja lebih banyak berpunca daripada penutupan perniagaan, skim pemisahan sukarela (VSS) dan pengecilan tenaga kerja.

Beliau berkata pasaran pekerjaan negara masih menunjukkan permintaan tenaga kerja yang tinggi apabila sebanyak 605,168 kekosongan jawatan diiklankan menerusi portal MYFutureJobs sejak Januari lepas, berbanding 188,062 pencari kerja, termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan.

Sementara itu, Ramanan berkata kajian TalentCorp mendapati kira-kira 697,000 pekerjaan berisiko terkesan oleh perkembangan teknologi dan ekonomi hijau dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang jika pekerja tidak meningkatkan kemahiran mereka.

Sehubungan dengan itu, Kesuma melaksanakan pelbagai program peningkatan dan latihan semula kemahiran, termasuk Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB) dan Akademi Dalam Industri (ADI), selain menyediakan platform MyMAHIR.my dan program MyMahir SkillsLab yang merangkumi modul AI bagi membantu tenaga kerja menyesuaikan diri dengan keperluan masa hadapan.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.0000261
$0.0000261$0.0000261
-0.07%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order