Menteri pengangkutan berkata rangka kerja kawal selia akan dibangunkan bagi sokong integrasi selamat pesawat autonomi di ruang udara Malaysia.Menteri pengangkutan berkata rangka kerja kawal selia akan dibangunkan bagi sokong integrasi selamat pesawat autonomi di ruang udara Malaysia.

Loke lancar pelan hala tuju teksi udara, perkhidmatan dron menjelang 2030

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Anthony Loke Siew FookMenteri Pengangkutan, Loke Siew Fook ketika berucap pada pelancaran Pelan Hala Tuju Ekonomi Altitud Rendah di Putrajaya.

PUTRAJAYA: Kerajaan melancarkan pelan hala tuju untuk memperkenalkan teksi udara dan perkhidmatan dron menjelang 2030, sekali gus meletakkan Malaysia sebagai pemain serantau dalam ekonomi altitud rendah yang sedang berkembang.

Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, berkata Pihak Berkuasa Penerbangan Malaysia (CAAM), yang menerajui inisiatif itu, diberi tanggungjawab membangunkan rangka kerja kawal selia yang komprehensif bagi menyokong integrasi selamat pesawat autonomi ke dalam ruang udara Malaysia.

“Rangka kerja kawal selia ini akan menyediakan asas yang diperlukan untuk menyokong integrasi ruang udara yang selamat, pengawasan operasi, pembangunan industri dan penyelesaian mobiliti masa depan,” katanya pada pelancaran Pelan Hala Tuju Ekonomi Altitud Rendah (LAE) di sini.

Di bawah pelan itu, CAAM menyasarkan pelaksanaan terhad perkhidmatan dron kargo komersial seawal suku pertama 2027. Dron penumpang dan perkhidmatan teksi udara pula memerlukan kajian serta ujian lanjut sebelum kelulusan kawal selia dapat diberikan.

Loke berkata Malaysia juga perlu membangunkan keupayaan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) sendiri serta piawaian pembuatan bagi sektor tersebut, yang masih berada pada peringkat awal berbanding industri penerbangan dan aeroangkasa tradisional.

LAE merangkumi aktiviti ekonomi pada altitud 1,000 meter ke bawah yang melibatkan kenderaan udara beroperasi pada altitud rendah, termasuk penghantaran kargo, pemeriksaan infrastruktur, tindak balas kecemasan dan perkhidmatan mobiliti udara maju.

CEO CAAM, Norazman Mahmud, berkata beberapa syarikat dari China menyatakan minat terhadap industri altitud rendah, namun pengendali asing perlu menubuhkan usaha sama dengan syarikat tempatan sebelum memulakan operasi di negara ini.

Loke ketika ditemui wartawan selepas pelancaran itu berkata LAE merupakan sebahagian daripada agenda nasional untuk membangunkan ekosistem pesawat tanpa pemandu serta membuka peluang ekonomi baharu negara.

Beliau berkata pelan hala tuju itu akan berfungsi sebagai pelan induk bagi menyediakan garis panduan dan piawaian kawal selia yang jelas untuk pengendali, pelabur dan agensi kerajaan.

“Kami berharap dapat mengumumkannya (pelan induk itu) menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Tambahnya, dron digunakan secara meluas di China untuk penghantaran kargo, pengangkutan penumpang, tindak balas kecemasan dan operasi memadam kebakaran, manakala dron pertanian semakin banyak digunakan di kawasan luar bandar di Malaysia.

Ekosistem LAE merangkumi dron, mobiliti udara maju, mobiliti udara bandar, logistik udara autonomi dan teksi udara.

Market Opportunity
Autonomi Logo
Autonomi Price(AUTONOMI)
$0.07716
$0.07716$0.07716
-0.97%
USD
Autonomi (AUTONOMI) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order