Penganalisis turut berpendapat Umno boleh muncul pilihan Melayu lebih stabil, tetapi parti itu perlu mengatasi cabaran berpanjangan, termasuk persoalan mengenaiPenganalisis turut berpendapat Umno boleh muncul pilihan Melayu lebih stabil, tetapi parti itu perlu mengatasi cabaran berpanjangan, termasuk persoalan mengenai

Perpecahan PAS-Bersatu kaburi naratif perpaduan Melayu, kata penganalisis

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
PAS dan Bersatu sebelum ini menjadi tulang belakang Perikatan Nasional, tetapi penganalisis berpendapat perpecahan mereka melemahkan persepsi terhadap perpaduan politik Melayu.

PETALING JAYA: Penganalisis berpendapat, perpecahan PAS-Bersatu menghancurkan ilusi blok pembangkang Melayu bersatu dan menyebabkan pengundi berdepan landskap politik lebih berpecah belah serta mengelirukan menjelang PRN akan datang.

Hisomuddin Bakar dari Ilham Centre berkata, dua parti itu ketika bekerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) berjaya mengukuhkan sokongan Melayu merentasi hampir semua segmen pengundi dan memecahkan penguasaan Umno-Barisan Nasional (BN).

Hisomuddin BakarHisomuddin Bakar.

“Sokongan itu kini berisiko terbahagi antara beberapa parti yang bersaing untuk mendapatkan pangkalan pengundi sama. Ini menjadikan landskap politik Melayu lebih terbuka dan berdaya saing,” katanya kepada FMT.

Dr Tawfik Yaakub dari Universiti Malaya berkata, perpecahan itu mendalamkan kekeliruan dalam ruang politik Melayu, dengan pelbagai parti bersaing mempromosikan naratif serupa dan menuntut kesahihan.

Jelasnya, semakin sukar untuk mana-mana parti menampilkan diri sebagai suara tunggal orang Melayu kerana PAS, Bersatu, Umno dan Parti Wawasan Negara semuanya bersaing demi segmen undi sama.

Tawfiq YaakubTawfik Yaakub.

“Malah, saya percaya ada orang Melayu yang letih dan malu dengan kecenderungan pemimpin Melayu terus berpecah sesama sendiri.”

PAS dan Bersatu sebelum ini menjadi tulang belakang pembangkang, menggabungkan rangkaian agama dan akar umbi parti Islam itu yang kukuh dengan profil kepimpinan nasional Bersatu.

Dua parti itu menguasai kira-kira 54% pengundi Melayu di Semenanjung Malaysia pada PRU15, dengan PAS melonjak daripada 14 kerusi pada PRU14 kepada 43 kerusi pada PRU15, manakala Bersatu meningkat daripada 13 kepada 31 kerusi sebelum beberapa pemecatan menyebabkan jumlah itu berkurangan.

Kerjasama itu berakhir 8 Jun lalu apabila Presiden PAS, Hadi Awang mengumumkan partinya secara rasmi memutuskan hubungan politik dengan Bersatu.

Perpecahan itu turut menimbulkan persoalan sama ada Umno — yang dilihat sebagai parti Melayu paling stabil — boleh mendapatkan semula sokongan yang hilang.

Kedua-dua penganalisis itu melihat peluang terbuka untuk Umno kerana kestabilan organisasi dan kekuatan akar umbi mendalam, tetapi memberi amaran ia masih berdepan cabaran berpanjangan, khasnya dalam kalangan pengundi muda yang mempersoalkan integritinya.

Hisomuddin berkata, Umno perlu membuktikan kepada pengundi Melayu yang meninggalkan parti itu beramai-ramai pada PRU lalu bahawa ia telah berubah dan mampu memenuhi jangkaan mereka.

“Tumpuan utama mereka ialah memenangi semula pengundi muda dan pengundi Melayu yang menyokong PN sebelum ini.”

Untuk mengembalikan sokongan yang hilang, Tawfik berkata, Umno perlu meyakinkan pengundi bahawa kestabilan politik mengatasi persaingan antara parti Melayu.

Naratif ‘perpaduan Melayu’ di bawah tekanan

Walaupun naratif “perpaduan politik Melayu” masih mempunyai daya tarikan emosi dalam kalangan pengundi Melayu, Hisomuddin dan Tawfik memberi amaran seruan berulang untuk perpaduan di tengah-tengah perpecahan berterusan semakin menghakis kredibiliti mesej itu.

“Pengundi akan mula melihatnya sekadar slogan politik berulang pada setiap kitaran pilihan raya tanpa kesan berkekalan,” kata Hisomuddin.

Tawfik berkata, pengundi kini semakin tertumpu kepada kos sara hidup, pekerjaan, tadbir urus dan integriti, bukannya rayuan berasaskan identiti semata-mata.

“Dalam konteks sekarang, perpaduan Melayu kekal relevan sebagai naratif politik, tetapi keberkesanannya sebagai formula kemenangan tidak lagi semudah sedekad lalu.”

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.0000293
$0.0000293$0.0000293
+0.10%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order