Azmi Hassan berkata Bersatu berisiko menjadi pihak paling terkesan kerana dilihat bergantung kekuatan jentera pilihan raya PAS.Azmi Hassan berkata Bersatu berisiko menjadi pihak paling terkesan kerana dilihat bergantung kekuatan jentera pilihan raya PAS.

Kenyataan Muhyiddin Bersatu lawan PAS untungkan PH-BN, kata penganalisis

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Muhyiddin Yassin kelmarin mengumumkan kesediaan Bersatu berdepan PAS habis-habisan susulan krisis dalaman PN.

PETALING JAYA: Kenyataan Muhyiddin Yassin yang Bersatu bersedia berdepan PAS ‘habis-habisan’ boleh memakan diri, kata penganalisis yang melihat perpecahan dua parti utama Perikatan Nasional (PN) itu bakal menguntungkan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Azmi Hassan.

Felo Majlis Profesor Negara, Azmi Hassan, berkata Bersatu berisiko menjadi pihak paling terkesan dengan mendakwa parti itu selama ini banyak bergantung kepada PAS terutama kekuatan jentera pilihan raya.

“Sepatutnya, Bersatu tidak mengisytiharkan PAS sebagai musuh tetapi rakan dalam menghadapi pilihan raya.

“Lebih baik Bersatu mengisytiharkan PH dan Umno-BN sebagai musuh mereka,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa Bersatu sedia berdepan PAS habis-habisan selepas parti itu memutuskan hubungan dengan mereka.

Krisis dalaman PN bermula daripada isu peralihan jawatan menteri besar Perlis menyaksikan penamatan kerjasama dua parti itu dan kini melarat kepada usaha menyingkirkan Bersatu.

Minggu lalu, Presiden PAS Hadi Awang berkata partinya wajib memutuskan hubungan dengan Bersatu kerana parti itu menjadi terlalu ghairah mengejar kuasa dan tidak mengutamakan perpaduan Melayu-Islam.

Semalam, Muhyiddin berkata Bersatu akan terus kekal dalam PN dan menggunakan lambang gabungan itu pada PRN Johor dan Negeri Sembilan dijadualkan 11 Julai serta 1 Ogos depan.

Sementara itu, Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata Bersatu berdepan risiko lebih besar kerana perlu menentang jentera PAS yang lebih tersusun dan berpengalaman.

Beliau berkata, perpecahan itu juga menimbulkan persoalan mengenai hala tuju kerjasama selepas pilihan raya termasuk yang terdekat iaitu PRN Johor serta Negeri Sembilan.

“Jika PAS benar-benar tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu, timbul persoalan sama ada Bersatu akhirnya akan bersama PH.

“Jika itu berlaku blok pembangkang tidak lagi dilihat mewakili majoriti pengundi Melayu seperti sebelum ini,” katanya.

mazlan aliMazlan Ali.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia pula berkata, pertembungan PAS dan Bersatu akan memecahkan undi Melayu, yang selama ini menjadi teras kekuatan PN.

Katanya, PAS dijangka lebih dominan di negeri kubunya seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, manakala Bersatu mungkin lebih berdaya saing di beberapa kawasan pantai barat dan selatan Semenanjung.

“Apabila PAS dan Bersatu berpecah, pengundi atas pagar juga akan lari.

“Mereka yang sebelum ini menyokong PN kerana melihat gabungan itu kukuh mungkin tidak lagi yakin, lalu mencari alternatif baharu,” katanya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00003112
$0.00003112$0.00003112
+1.86%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel