Presiden Amerika Syarikat berkata memberi amaran sekiranya pemimpin Iran 'tidak berkelakuan baik', 'pengeboman' akan disambung semula.Presiden Amerika Syarikat berkata memberi amaran sekiranya pemimpin Iran 'tidak berkelakuan baik', 'pengeboman' akan disambung semula.

Perjanjian dengan Iran belum muktamad, kata Trump

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Trump shootingDonald Trump berkata objektif teras perjanjian itu adalah untuk menghalang Tehran daripada memperoleh senjata nuklear. (Gambar EPA Images)

ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu berkata perjanjian yang diumumkan dengan Iran minggu ini hanyalah ‘memorandum persefahaman’ dan masih tertakluk kepada perubahan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Jika saya tidak menyukainya, kami akan kembali menyerang mereka,” kata Trump kepada pemberita ketika pertemuan dengan Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi.

Beliau memberi amaran bahawa sekiranya pemimpin Iran ‘tidak berkelakuan baik’, AS akan menyambung semula ‘pengeboman’ ke atas wilayah negara itu.

Washington dan Tehran mencapai gencatan senjata sementara pada April lalu menerusi pengantaraan Pakistan sebelum mengumumkan perjanjian rangka kerja pada Isnin bagi menamatkan konflik. Perjanjian itu dijangka ditandatangani secara rasmi di Switzerland pada Jumaat.

Trump berkata objektif teras perjanjian itu adalah untuk menghalang Tehran daripada memperoleh senjata nuklear.

Presiden AS itu turut menolak laporan mengenai dana pembangunan berjumlah USD300 bilion yang boleh diakses Iran dan didakwa melibatkan wang pembayar cukai AS, dengan menyifatkannya sebagai “cerita palsu”.

“Kami tidak melabur. Kami tidak mengeluarkan walaupun 10 sen,” kata Trump sambil menambah bahawa pihak lain mungkin memilih untuk melabur. “Saya fikir mereka tidak akan berbuat demikian buat sementara waktu sehingga mereka melihat bagaimana tingkah laku Iran,” katanya.

Mengenai kesan ekonomi global akibat perang itu, Trump berkata harga minyak telah ‘menjunam’ susulan reaksi pasaran terhadap pengurangan ketegangan.

Beliau turut berkata bahawa Selat Hormuz ‘sudah dibuka sebahagiannya’ dan menjangkakan laluan air strategik itu akan kembali beroperasi sepenuhnya dalam tempoh dua hari lagi.

Trump berkata tanpa perjanjian itu, dunia mungkin berdepan ‘kemelesetan ekonomi’ kerana selat berkenaan akan terus ditutup berikutan risiko serangan roket dan periuk api.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00003112
$0.00003112$0.00003112
+1.86%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel