Ketua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat berkata pihaknya kesan banyak kes dadah guna perkhidmatan penghantaran tersebut.Ketua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat berkata pihaknya kesan banyak kes dadah guna perkhidmatan penghantaran tersebut.

Polis Kelantan minta bantuan syarikat kurier kesan kiriman dadah

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
yusoff mamatKetua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat turut galak syarikat kurier guna peralatan pengimbas bagi kesan kandungan mencurigakan dalam bungkusan. (Gambar Bernama)

KOTA BHARU: Polis Kelantan memanggil lebih 10 syarikat perkhidmatan kurier di negeri itu untuk berkongsi maklumat modus operandi (MO) terkini sindiket dadah yang menggunakan penghantaran bungkusan bagi kegiatan itu.

Ketua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat berkata langkah itu bertujuan meningkatkan kewaspadaan pengendali dan petugas syarikat kurier susulan banyak kes berkaitan dadah yang menggunakan perkhidmatan tersebut.

Beliau berkata syarikat kurier turut diminta merekodkan maklumat penghantar termasuk nombor kad pengenalan dan nombor telefon bagi memudahkan proses pengesanan jika berlaku sebarang kesalahan.

“Kita minta mereka lebih peka dan jika terdapat bungkusan mencurigakan, pelanggan diminta membuka bungkusan di hadapan petugas untuk pemeriksaan awal,” katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan IPK Kelantan di sini hari ini.

Yusoff berkata pihaknya turut memaklumkan trend penghantaran secara drop-off, iaitu mendaftarkan bungkusan secara dalam talian dan ditinggalkan di lokasi ditetapkan tanpa berurusan secara langsung dengan petugas syarikat yang menyukarkan pengesanan identiti penghantar berbanding bersemuka di kaunter.

Beliau berkata setakat ini tiada syarikat kurier dikenal pasti bersubahat dalam kegiatan penyeludupan dadah, namun beberapa petugas syarikat perkhidmatan tersebut pernah dipanggil bagi membantu siasatan beberapa kes.

Beliau turut menggalakkan penggunaan peralatan pengimbas oleh syarikat kurier bagi membantu mengesan kandungan mencurigakan dalam bungkusan dan memperkukuh kawalan keselamatan penghantaran.

Market Opportunity
Star Atlas DAO Logo
Star Atlas DAO Price(POLIS)
$0.01205
$0.01205$0.01205
+0.16%
USD
Star Atlas DAO (POLIS) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel