Mahkamah Tinggi tolak permohonan interplider difailkan anak lelaki dan abang iparnya yang mendakwa mempunyai hak milik ke atas harta itu.Mahkamah Tinggi tolak permohonan interplider difailkan anak lelaki dan abang iparnya yang mendakwa mempunyai hak milik ke atas harta itu.

Harta disita dari rumah Jamal dilelong pada 22 Jun

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Pada 2022, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Yunos membayar ganti rugi melebihi RM300,000 kepada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.

PETALING JAYA: Sebanyak 14 harta disita dari rumah Ketua Umno Sungai Besar Jamal Yunos awal tahun ini akan dilelong pada 22 Jun bagi mendapatkan semula bayaran tunggakan saman fitnah difailkan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.

Satu waran sita telah dikeluarkan terhadap Jamal selepas beliau gagal menjelaskan kos guaman melebihi RM66,000 sepertimana diputuskan dalam kes saman fitnah difailkan Kok.

Peguam Kok, SN Nair, berkata Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan interplider difailkan anak lelaki dan abang ipar Jamal, yang sebelum ini menuntut hak milik ke atas barangan disita itu.

Mereka diperintahkan membayar kos keseluruhan RM10,000.

“Jadi, tiada lagi sebarang halangan untuk prosiding pelaksanaan (hukuman) diteruskan,” kata Nair.

Pada 2022, Mahkamah Tinggi memerintahkan Jamal membayar ganti rugi melebihi RM300,000 berserta kos kepada Kok.

Jamal telah memasukkan wang RM300,000 dalam akaun pemegang taruh, sementara menunggu rayuan namun baki tunggakan RM66,061.65, yang merangkumi kos dan faedah masih belum dibayar.

Kok kemudiannya memfailkan waran sita tersebut bagi mendapatkan semula baki tersebut.

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage