Penasihat politik kanan perdana menteri berkata hampir RM77 bilion pelaburan diluluskan, dengan 57% daripadanya memasuki peringkat pelaksanaan.Penasihat politik kanan perdana menteri berkata hampir RM77 bilion pelaburan diluluskan, dengan 57% daripadanya memasuki peringkat pelaksanaan.

JS-SEZ inisiatif Putrajaya, kata Tengku Zafrul

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Tengku Zafrul Aziz berkata peranan kerajaan persekutuan dalam membangunkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura tidak patut dipadamkan hanya kerana PRN.

PETALING JAYA: Tengku Zafrul Aziz menggesa pengkritik tidak menjadikan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebagai pentas drama politik kerana kerajaan persekutuan berusaha keras di sebalik inisiatif itu.

Dalam sebuah video di media sosial, penasihat politik kanan perdana menteri itu berkata, JS-SEZ adalah inisiatif kerajaan persekutuan.

Menurutnya, Putrajaya mendapat persetujuan Singapura untuk mewujudkan inisiatif itu dan menarik pelaburan melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia serta agensi berkaitan.

“Kerajaan negeri memang ada peranan dan kami menghormati sumbangannya, tetapi jangan padam peranan utama kerajaan persekutuan hanya kerana pilihan raya.”

Beliau berkata, hampir RM77 bilion pelaburan diluluskan, dengan 57% daripadaya memasuki peringkat pelaksanaan.

“Jadi, jika anda ingin tahu sama ada (pelaksanaan) JS-SEZ perlahan atau tidak, jangan tengok dramanya. Lihat hasilnya. Kami fokus menyiapkan kerja,” kata bekas menteri pelaburan, perdagangan dan industri itu.

Sebelum ini, Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi menuduh kerajaan persekutuan berulang kali menangguhkan pelancaran pelan induk JS-SEZ.

Ketua Barisan Nasional Johor itu mendakwa pelan induk berkenaan adalah dokumen kerajaan Malaysia dan tidak memerlukan kelulusan Singapura untuk pelancaran.

Katanya, pelan induk itu telah melalui proses perundingan diperlukan dengan kerajaan Singapura dan tunggu Putrajaya melancarkannya.

Pada 2 Julai lalu, Menteri Ekonomi, Akmal Nasir dilaporkan berkata, pembangunan JS-SEZ tidak pernah terhenti hanya kerana pelan induk itu belum dilancarkan, beliau merujuk pelbagai inisiatif dijalankan Putrajaya dan kerajaan negeri, serta hasilnya.

Keesokannya, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengkritik Onn Hafiz menggunakan JS-SEZ sebagai bahan kempen PRN yang disifatkannya ‘tidak cerdik’.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0.00001622
$0.00001622$0.00001622
+0.06%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Activate to Enjoy Special Perks

Activate to Enjoy Special PerksActivate to Enjoy Special Perks

Access 0 fees, premium support, and loss coverage.