Timbalan presiden PAS itu berkata tindakan segelintir ahli itu tidak wakili pendirian rasmi parti.Timbalan presiden PAS itu berkata tindakan segelintir ahli itu tidak wakili pendirian rasmi parti.

Ahli PAS bantu Bersatu atas kapasiti individu, kata Tuan Ibrahim

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Tuan Ibrahim Tuan ManTimbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata arahan parti adalah jelas kepada seluruh jentera pada PRN Johor.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tindakan segelintir ahli parti itu yang membantu jentera kempen Bersatu pada PRN Johor adalah atas kapasiti individu.

Katanya, ahli PAS yang membantu calon Bersatu adalah atas dasar hubungan peribadi dan bukannya mewakili pendirian rasmi parti, lapor Utusan Malaysia.

“Kami menganggap itu berlaku dalam hubungan peribadi, perkara seperti itu berlaku dalam semua parti politik.

“Namun, arahan parti kepada jentera parti jelas, masing-masing bertugas di kawasan yang ditandingi parti masing-masing,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Mengulas sama ada tindakan membantu calon parti komponen lain itu melanggar arahan parti, beliau berkata, parti telah mengeluarkan pengarahan yang jelas kepada seluruh jenteranya.

“Pengarahan parti jelas, manakala individu yang mahu membantu parti komponen lain, itu hak masing-masing,” katanya.

Semalam, pengasas bersama Bersatu, Redzuan Md Yusof mendakwa Jentera PAS senyap-senyap membantu kempen calon Bersatu.

Katanya, beliau melihat sendiri kerjasama Bersatu dan PAS di peringkat akar umbi khususnya di kawasan ditandingi calon Bersatu tanpa sebarang masalah sepanjang seminggu pertama berkempen.

Redzuan berkata jentera Bersatu juga turut membantu calon PAS di 11 kawasan ditandingi parti itu.

Bulan lalu, PAS menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu, walaupun kedua-dua parti itu masih merupakan komponen PN dan bertanding dalam PRN Johor di bawah lambang gabungan tersebut.

PAS juga mengarahkan jentera pilihan rayanya untuk tidak membantu kempen Bersatu yang juga rakan dalam Perikatan Nasional (PN) dan hanya menumpukan pada kerusi ditandingi PAS serta rakan PN lain.

PN bertanding di 33 kerusi dengan Bersatu bertanding di 16 kerusi, PAS 11 kerusi, Parti Rakyat India Malaysia lima kerusi, dan Pejuang satu kerusi.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0.00002655
$0.00002655$0.00002655
+0.87%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs