Dengan kapasiti RTS Link sehingga 10,000 penumpang sejam bagi setiap arah e-ART dijangka memainkan peranan mengagihkan penumpang ke pelbagai destinasi sekitar JohorDengan kapasiti RTS Link sehingga 10,000 penumpang sejam bagi setiap arah e-ART dijangka memainkan peranan mengagihkan penumpang ke pelbagai destinasi sekitar Johor

RTS Link perlu sokongan e-ART lancarkan mobiliti Johor

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
RTS LINKRTS Link bakal menghubungkan Bukit Chagar di Johor Bahru dengan Woodlands North di Singapura. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Pembukaan Sistem Transit Rapid (RTS) Link pada Januari 2027 dijangka menjadi titik perubahan kepada mobiliti rentas sempadan Johor-Singapura, namun kejayaannya bergantung keupayaan sistem pengangkutan bandar mengagihkan puluhan ribu penumpang ke destinasi seterusnya.

Bagi melengkapkan peranan RTS Link, kerajaan persekutuan mengetengahkan sistem elevated autonomous rapid transit (e-ART) sebagai penyelesaian kepada cabaran ‘last mile connectivity’, sekali gus mengurangkan kesesakan di pusat bandar Johor.

Ismail IsaIsmail Isa.

Pensyarah Perancangan Bandar dan Wilayah, Universiti Sains Malaysia, Mohd Ismail Isa, berkata RTS Link akan menghubungkan Bukit Cagar dan Woodlands North dalam tempoh hanya kira-kira lima minit perlu disokong rangkaian pengangkutan susulan yang cekap.

“RTS hanya menghubungkan dua titik. Cabaran terbesar bermula apabila penumpang tiba di Bukit Cagar. Mereka masih perlu bergerak ke Skudai, Iskandar Puteri, Tebrau, Pasir Gudang dan kawasan lain. Di sinilah e-ART memainkan peranan sebagai penghubung kepada perjalanan seterusnya,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, tanpa e-ART kebergantungan rakyat Johor terhadap kenderaan persendirian dan perkhidmatan e-panggilan dijangka terus memberi tekanan kepada rangkaian jalan raya apabila RTS Link mula beroperasi, dengan kapasiti sehingga 10,000 penumpang sejam bagi setiap arah.

Katanya, keadaan itu boleh menjejaskan pengguna apabila perjalanan rentas sempadan menjadi lebih pantas menerusi RTS Link, namun perjalanan dalam Johor masih perlahan akibat kesesakan.

“Bayangkan dalam dua atau tiga perjalanan sahaja, jumlah penumpang sudah mencecah puluhan ribu. Jika tiada e-ART, ramai akan beralih kepada e-panggilan pada waktu puncak.

“Akibatnya, kos perjalanan harian pengguna juga akan meningkat. Sebaliknya, e-ART mampu menawarkan tambang lebih tetap dengan kapasiti penumpang jauh lebih besar pada satu-satu masa,” katanya.

Khamis lalu, Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, mengulangi komitmen kerajaan untuk mempercepatkan pelaksanaan projek e-ART, termasuk menanggung sebahagian kos pembinaannya.

Beliau berkata, kerajaan mahu projek itu disegerakan walaupun pembinaannya dijangka mengambil masa beberapa tahun, dengan langkah mitigasi turut dilaksanakan bagi mengurangkan kesesakan trafik di Johor Bahru sementara menunggu ia siap.

Ismail berkata, selain e-ART Johor juga memerlukan hab pertukaran bas bersepadu di Bukit Cagar, kemudahan ‘park and ride’, laluan pejalan kaki yang selamat dan berbumbung serta pilihan mikromobiliti seperti basikal elektrik dan e-skuter bagi melengkapkan keseluruhan ekosistem mobiliti bandar.

Pembangunan positif

Yeow Boon TecYeow Boon Tec.

Pandangan itu turut dikongsi peniaga, Yeow Boon Teck, 44, yang melihat RTS Link sebagai pembangunan positif tetapi berharap sistem pengangkutan susulan dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

“Kalau ada e-ART lagi baik. Dengan sistem yang baik, kesesakan boleh dikurangkan,” katanya memaklumkan keluarganya menjalankan perniagaan di situ sejak lebih 45 tahun.

Azimah HamidonAzimah Hamidon.

Bagi Azimah Hamidon, 49, kemudahan RTS Link bersama usaha memperkukuh rangkaian pengangkutan di sekitar Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Johor, langkah positif yang akan memudahkan urusan ribuan pekerja rentas sempadan.

“Pentingnya laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan supaya perjalanan pekerja rentas sempadan lebih lancar dan tenang,” katanya yang setiap hari menghantar suaminya bekerja di Singapura.

Lim Toh ShianLim Toh Shian.

Sementara itu, peniaga roti, Lim Toh Shian, 46, menjangkakan RTS Link merancakkan lagi ekonomi setempat apabila lebih ramai rakyat Johor dan Singapura berulang-alik dengan mudah.

“RTS memang lebih bagus untuk rakyat Johor mahupun Singapura. Perniagaan juga saya lihat sudah berkembang dan yakin ia akan terus berkembang lagi,” katanya.

Lim turut menantikan pelaksanaan e-ART yang diketengahkan kerajaan persekutuan kerana percaya sistem itu mampu melengkapkan RTS Link dan membantu menyuraikan aliran trafik di pusat bandar.

시장 기회
LiveArt 로고
LiveArt 가격(ART)
$0.0002605
$0.0002605$0.0002605
+0.57%
USD
LiveArt (ART) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs