Kerajaan Malaysia mahu syarikat itu bayar pampasan RM1.06 bilion selepas pembatalan perolehan peluru berpandu kepada tentera laut.Kerajaan Malaysia mahu syarikat itu bayar pampasan RM1.06 bilion selepas pembatalan perolehan peluru berpandu kepada tentera laut.

Syarikat peluru Norway mohon bincang, Khaled ingatkan ‘bukan taktik’ lengah tuntutan Malaysia

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
khaled nordinMenteri Pertahanan Khaled Nordin menegaskan Malaysia tidak akan terperangkap dengan taktik untuk melengahkan tuntutan kerajaan walaupun sedia berbincang.

PETALING JAYA: Menteri Pertahanan Khaled Nordin berkata syarikat pembekal peluru berpandu antikapal Naval Strike Missile (NSM) memohon mengadakan perbincangan berhubung isu tuntutan RM1.06 bilion susulan pembatalan perolehan untuk tentera laut.

Khaled berkata, pihak kementerian tidak mahu sebarang perbincangan dijadikan alasan atau taktik untuk melengah-lengahkan proses tuntutan yang sedang dilaksanakan.

“Pihak syarikat ada memohon untuk berbincang dengan kita. Tapi, walaupun kita kata boleh berbincang, kita tidak mahu ia dijadikan sebagai satu taktik untuk melengah-lengahkan proses tuntutan yang dibuat sebelum ini.

“…. dan kita sentiasa sedar dan berwaspada jika ada apa-apa taktik sedemikian yang digunakan supaya kita tidak terperangkap,” katanya menurut Bernama selepas menghadiri Program Ilmiah Keagamaan Masyarakat (Pikat di Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi.

Sebelum ini, kerajaan Norway dilaporkan membatalkan lesen eksport peluru berpandu antikapal NSM itu berserta sistem pelancarnya atas faktor keselamatan.

Menurut laman sesawang syarikat Kongsberg Defence and Aerospace (KDA), perolehan peluru berpandu NSM dimeterai antara tentera laut dan KDA pada April 2018, dengan nilai kontrak 124 juta euro (RM571.9 juta) bagi melengkapkan enam kapal tempur pesisir (LCS) baharu.

Susulan itu, Malaysia menuntut RM1.06 bilion daripada syarikat KDA ekoran pembatalan NSM yang merangkumi tuntutan langsung sebanyak EUR129.86 juta (RM604 juta), iaitu bayaran yang sudah dibuat kerajaan.

Beliau berkata, tuntutan tidak langsung adalah sebanyak EUR96.26 juta (RM448.12 juta), yang membabitkan implikasi kos dan kesan sampingan akibat kegagalan pembekalan sistem peluru berpandu berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Khaled berkata pasukan penilai yang terdiri daripada pegawai tentera laut telah ditubuhkan bagi mengenal pasti sistem peluru berpandu terbaik dari empat negara bagi menggantikan sistem NSM buatan syarikat KDA daripada Norway.

“Ya … sedang dibuat dan kita memang nak supaya dapat dievaluasi segera,” katanya ringkas.

Pada 28 Jun, Khaled dilaporkan berkata kementerian mengenal pasti empat negara berpotensi membekalkan sistem NSM untuk LCS susulan pembatalan perolehan oleh Norway.

Beliau berkata, negara yang menjadi pertimbangan ialah Turki dan Korea Selatan, selain dua lagi di Eropah.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs