Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara juga mahu Putrajaya kekalkan sekurang-kurangnya 70% pegangan strategik dalam MAHB dan meminta ia terbitkan laporan prestasi secaraJawatankuasa Kira-kira Wang Negara juga mahu Putrajaya kekalkan sekurang-kurangnya 70% pegangan strategik dalam MAHB dan meminta ia terbitkan laporan prestasi secara

Penswastaan MAHB patuhi undang-undang, kod pengambilalihan, kata PAC

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
mahb malaysia airportsMAHB telah diswastakan pada Februari 2025 oleh sebuah konsortium yang diterajui Khazanah Nasional Bhd dalam perjanjian bernilai RM12.3 bilion pada harga RM11 sesaham. (Gambar KLIA)

PETALING JAYA: Pengambilalihan dan penswastaan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) didapati mematuhi undang-undang serta Kod Pengambilalihan dan Penggabungan Malaysia, kata Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hari ini.

Bercakap pada sidang media mengenai dapatan jawatankuasa itu berhubung isu MAHB dan lapangan terbang awam, Pengerusi PAC, Mas Ermieyati Samsudin, berkata perkara tersebut disahkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bursa Malaysia.

Beliau berkata Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan, Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) turut memberi jaminan kepada PAC bahawa kedaulatan negara di pintu masuk utama negara kekal terpelihara, dengan tanah dan aset lapangan terbang masih dimiliki kerajaan manakala MAHB hanya berperanan sebagai pengendali.

“MAHB dan konsortium (yang diterajui Khazanah) tidak mempunyai akses kepada data sulit seperti rekod imigresen, yang masih di bawah kementerian dan/atau agensi berkaitan,” katanya.

Mas Ermieyati berkata syarikat penerbangan tempatan lebih menitikberatkan kejayaan pelan transformasi MAHB berbanding struktur pemilikan, sambil menggesa pelaburan modal yang lebih besar serta peningkatan standard operasi.

“Syarikat penerbangan tempatan juga menyatakan hasrat untuk terlibat lebih proaktif dalam pelan transformasi dan penambahbaikan lapangan terbang negara,” tambahnya.

MAHB telah dinyahsenaraikan dan diswastakan pada Februari 2025 oleh sebuah konsortium yang diterajui Khazanah dalam perjanjian bernilai RM12.3 bilion pada harga RM11 sesaham.

Ketika ini, Khazanah dan KWSP masing-masing memegang 40% dan 30% kepentingan dalam MAHB, termasuk pegangan ‘saham khas’. Baki 30% dipegang oleh Abu Dhabi Investment Authority dan Global Infrastructure Partners.

Penswastaan itu menerima kritikan daripada beberapa pihak yang mendakwa KWSP mengalami kerugian sekitar RM500 juta selepas membeli semula saham MAHB pada harga lebih tinggi berbanding harga jualan sebelumnya.

Mas Ermieyati berkata antara cadangan PAC ialah kerajaan mengekalkan sekurang-kurangnya 70% pegangan strategik dalam MAHB walaupun selepas penyahsenaraian.

“Lapangan terbang kekal sebagai aset strategik negara; sekurang-kurangnya 70% kawalan strategik perlu dikekalkan, dan sebarang perubahan pemilikan melibatkan aset strategik atau kepentingan negara mesti mendapat kelulusan Kabinet serta dilaksanakan secara telus,” katanya.

Jawatankuasa itu turut mencadangkan Kementerian Pengangkutan dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) supaya mewajibkan MAHB menerbitkan laporan prestasi operasi dan perkhidmatan secara berkala, manakala Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan perlu mengemukakan laporan kemajuan dan kewangan berkala bagi projek besar seperti naik taraf aerotrain dan sistem pengendalian bagasi.

“Laporan ini perlu dibentangkan di Dewan Rakyat dan dilaporkan kepada PAC secara berkala,” katanya.

Mas Ermieyati berkata PAC mendapati gangguan berulang terhadap infrastruktur seperti gangguan aerotrain dan kelewatan naik taraf sistem bagasi berpunca daripada kegagalan penyelenggaraan pemulihan dan pencegahan selama bertahun-tahun, serta pelaburan modal yang tidak mencukupi.

Beliau berkata masalah perkhidmatan asas berulang seperti tandas rosak, bumbung bocor dan jambatan udara rosak dikaitkan dengan kelemahan kontraktor yang dilantik.

Sehubungan itu, jawatankuasa berkenaan menggesa proses saringan perolehan yang lebih ketat melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), CAAM dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia.

Jawatankuasa itu turut mencadangkan MAHB bekerjasama dengan , pengangkutan, pelancongan, pelaburan, keselamatan dan komunikasi, serta syarikat penerbangan bagi membangunkan pelan pembangunan lapangan terbang negara yang bersepadu.

Ia juga mencadangkan MAHB menubuhkan platform perundingan tetap dengan syarikat penerbangan utama termasuk Malaysia Aviation Group, AirAsia dan Batik Air.

“Pembangunan lapangan terbang tidak lagi boleh bersifat reaktif atau unilateral, dan perlu mengambil kira input operasi ‘below-wing’ daripada syarikat penerbangan,” tambahnya.

Jawatankuasa itu turut mencadangkan MAHB bekerjasama dengan kementerian kewangan, pengangkutan, pelancongan, pelaburan, keselamatan dan komunikasi, serta syarikat penerbangan bagi membangunkan pelan pembangunan lapangan terbang negara yang bersepadu.

Ia juga mencadangkan MAHB menubuhkan platform perundingan tetap dengan syarikat penerbangan utama termasuk Malaysia Aviation Group, AirAsia dan Batik Air.

“Pembangunan lapangan terbang tidak lagi boleh bersifat reaktif atau unilateral, dan perlu mengambil kira input operasi ‘below-wing’ daripada syarikat penerbangan,” tambahnya.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0,000016
$0,000016$0,000016
-3,90%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs