PAS sebelum ini arah jenteranya di DUN ditandingi Bersatu bertugas di kerusi yang calon parti itu bertanding pada PRN Johor.PAS sebelum ini arah jenteranya di DUN ditandingi Bersatu bertugas di kerusi yang calon parti itu bertanding pada PRN Johor.

Jentera PAS masih bantu Bersatu di Bukit Kepong, kata Sahruddin

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Sahruddin JamalDr Sahruddin Jamal yakin dapat tingkat kemenangan di DUN Bukit Kepong dengan majoriti lebih 1,000 undi.

MUAR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor Dr Sahruddin Jamal mendakwa hubungan Bersatu dan PAS di peringkat akar umbi kekal baik, merujuk kepada bantuan di kerusi ditandinginya di DUN Bukit Kepong pada PRN.

Dakwaan Sahruddin itu di sebalik arahan PAS supaya jenteranya di DUN ditandingi Bersatu pada PRN Johor bertugas di kerusi ditandingi parti berkenaan serta komponen PN lain.

Bercakap kepada FMT, ketua Bersatu Johor itu memberi contoh kerjasama di Parlimen Pagoh khususnya di DUN Bukit Kepong dan Bukit Pasir, tidak terjejas apabila ahli kedua-dua parti terus menjalankan gerak kerja secara bersama.

Beliau juga mendakwa perbincangan sentiasa dibuat bersama Pesuruhjaya PAS Johor Mahfodz Mohamed.

“Kita tahu isu berlaku di peringkat pusat (PAS tamat kerjasama Bersatu), tetapi di bawah hubungan ahli PAS dengan Bersatu masih baik.

“Di Bukit Kepong, apabila ada pusat daerah mengundi (PDM) kita tetap melakukan gerak kerja bersama,” kata bekas menteri Johor yang akan mempertahankan DUN Bukit Kepong untuk penggal ketiga.

Beliau ditentang C Subramani daripada Pakatan Harapan (PH) dan calon Barisan Nasional Ahmad Syarie Yusof.

Di peringkat negeri, Bersatu bertanding 16 kerusi manakala PAS (11), MIPP (5) dan Pejuang (1), menjadikan 33 DUN bagi jumlah keseluruhan ditandingi PN.

Sebanyak 29 kerusi DUN diperlukan untuk membentuk kerajaan Johor.

Dalam pada itu, Sahruddin juga yakin penyokong teras PAS di Bukit Kepong tidak akan beralih menyokong BN kerana hubungan yang dibina bersama mereka sejak sekian lama.

“Saya tidak rasa BN akan dapat undi ahli dan penyokong PAS di Bukit Kepong,” katanya mengulas kenyataan Syarie yang mahu ‘mencuri’ undi daripada ahli PAS susulan krisis hubungan dengan Bersatu.

Mengulas pengaruh Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang pernah menjadi perdana menteri dan menteri besar Johor, Sahruddin berkata ia kekal menjadi faktor besar buat PN terutama DUN bawah Parlimen Pagoh.

“Apabila orang melihat Pagoh, mereka akan ingat Tan Sri (Muhyiddin),” katanya menyasarkan menang majoriti lebih 1,000 undi pada PRN 11 Julai, meningkat berbanding 710 sebelum ini.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0.00001593
$0.00001593$0.00001593
-4.32%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs