Ia berlaku di mana-mana. Dalam kepimpinan kerajaan, jabatan dan agensi, dalam persatuan, dunia korporat, industri hiburan sama ada muzik, filem atau televisyen,Ia berlaku di mana-mana. Dalam kepimpinan kerajaan, jabatan dan agensi, dalam persatuan, dunia korporat, industri hiburan sama ada muzik, filem atau televisyen,

Melawan ego generasi

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다

Semenjak dua menjak ini, kerap saya nampak sungutan warganet muda dalam media sosial mengutuk orang tua atau ‘boomer’. Banyak kegagalan polisi, sistem dan sebagainya yang berlaku pada hari ini salahnya diletakkan kepada boomer.

Ekonomi jatuh, harga barang mahal adalah salah idea lapuk pemimpin boomer. Kalau reformasi tidak berlaku seperti yang diharapkan, salah boomer. Pendek kata, boomer adalah kambing hitam yang sempurna untuk ditudingkan dengan pelbagai masalah zaman-berzaman.

Begitulah sebaliknya juga, di media sosial kita boleh nampak generasi yang lebih tua pula mempunyai label sendiri untuk golongan muda. Budak-budak sekarang lembik, generasi strawberi (cantik tetapi cepat layu), tak tahan lasak, tak reti hidup susah. Kurang adab, kurang rasa tanggungjawab. Mengada-ngada.

Kedua-dua pihak saling menuding jari seolah-olah masalah masyarakat berkait dengan tahun kelahiran. Ini yang perlu kita perhalusi untuk kita selesaikan kusut benang yang lama tersimpul. Apakah kita ini tak maju-maju kerana orang tua yang tak mahu ikut peredaran zaman atau anak muda yang lembik dan tak cukup pengalaman?

Bagi saya masalah sebenar ialah penyakit ego generasi. Setiap generasi berasakan merekalah yang paling layak memimpin dunia. Macam-macam hujah dikemukakan. Boomer dan Baby Boomers kata mereka kaya pengalaman, mereka perintis zaman. Semua era kegemilangan bermula daripada mereka. Gen X kata mereka memperbaiki apa yang dimulakan oleh boomer. Generasi mereka yang meneroka teknologi komputer. Millennials kata mereka lagi hebat kerana mereka berada di antara dunia analog dan dunia digital. Kata mereka Gen Z tak ada pengalaman era analog. Gen Z marah, ini zaman mereka. “Kenapa sibuk nak atur kehidupan kami?” kata anak-anak Gen Z. Semuanya berasa hebat dan layak.

Sebab itu saya senyum sahaja apabila melihat perdebatan antara generasi ini. Memang ada orang muda yang menyalahkan boomer atas hampir segala-galanya tetapi cara mereka berhujah tidak banyak bezanya dengan boomer yang mereka kritik. Egonya sama. Memperlekehkan pihak lain terutama generasi bawahnya pula. Nampaknya perangai itu sama sahaja. Bezanya cuma umur.

Namun begitu, tidaklah bermakna semua kritikan terhadap generasi yang lebih tua tidak mempunyai asas langsung. Memang ada keadaan di mana sesetengah Baby Boomers atau Gen X gagal menyesuaikan diri dengan perubahan zaman. Lebih memburukkan keadaan apabila mereka berada di kerusi kuasa. Lalu timbul rasa tidak selesa bila mana muncul idea-idea baharu yang mencabar cara lama yang selama ini mereka pertahankan. Ada yang mula melihat perubahan sebagai ancaman. Ini semua akan menggugat kedudukan aku, fikir mereka.

Ada yang berasa tidak yakin dengan kemampuan generasi baharu untuk dilepaskan tugas. Mereka berasa pengalaman puluhan tahun mereka sudah cukup untuk menolak pandangan yang berbeza. Akibatnya, idea-idea baharu yang lebih segar disekat. Pandangan yang lebih ke hadapan diketepikan. Bukan sahaja daripada generasi muda, malah kadangkala daripada rakan-rakan seangkatan sendiri.

Perangai ‘hampeh’ beginilah menyebabkan orang muda meluat. Maka timbullah persepsi bahawa orang tua dan idea lapuk mereka perlu disingkirkan. Masalahnya, persepsi itu kemudiannya disapu rata kepada seluruh generasi sedangkan yang bermasalah bukan umur. Yang bermasalah ialah sikap yang terlalu takut untuk berubah.

Fenomena ini bukan hanya berlaku dalam politik. Ia berlaku di mana-mana. Dalam kepimpinan kerajaan, jabatan dan agensi, dalam persatuan, dunia korporat, industri hiburan sama ada muzik, filem atau televisyen, seni lukis dan begitu jugalah dalam dunia sukan. Pendek kata, di mana sahaja ada kuasa, pengaruh atau kedudukan, di situlah wujud kemungkinan seseorang menjadi terlalu selesa dengan tempat yang didudukinya. Akibatnya, perdebatan yang sepatutnya berkisar tentang idea bertukar menjadi perebutan mempertahankan kedudukan.

Masalahnya ialah ego. Ini punca sebenar segala penyakit. Ego berlaku apabila kita berasa semakin kita berusia, kita semakin banyak ilmu dan pengalaman. Orang muda, bagi kita, takkan dapat menandinginya sampai bila-bila. Orang muda juga tak mampu menghindari penyakit ego. Mereka pula berasa orang tua sudah hilang sentuhan kerana zamannya sudah berlalu. Dialah yang terkini dan tahu segala formula untuk membaiki keadaan.

Bagi saya, ego adalah kembar yang sentiasa mengiringi ilmu. Ada ilmu, ada ego. Tetapi kembar ini bermusuh. Jika ilmuwan berjaya bunuh egonya, dia kekal sebagai ilmuwan. Jika egonya mengatasi ilmu, dia hanyalah seorang manusia biasa yang perasan pandai. Sebab itulah tamadun manusia sebenarnya berkembang melalui proses saling mewarisi dan saling membetulkan.

Generasi lama mewariskan pengalaman. Generasi muda membawa persoalan baharu. Yang tua mengingatkan apa yang pernah gagal. Yang muda mencuba apa yang belum pernah dilakukan. Jika kedua-duanya saling mendengar, masyarakat akan bergerak ke hadapan. Tetapi apabila kedua-duanya hanya mahu bercakap dan tidak mahu mendengar, kita hanya bergerak dalam bulatan yang sama. Kita mengulangi apa yang selalu kita buat. Cuma wajah peneraju sahaja yang bertukar.

Hakikatnya, kita saling memerlukan antara generasi ke generasi. Apa yang membentuk manusia bukan sekadar umur. Yang membentuk kita ialah pengalaman hidup, persekitaran dan kesediaan untuk belajar. Sebab itu saya kurang percaya apabila seseorang cuba mengupas segala masalah masyarakat hanya dengan menyebut perkataan ‘boomer’ atau ‘Gen Z’. Itu hanya lapisan pertama sahaja. Kita harus mengupas lapis demi lapis.

Lagipun, setiap generasi pernah melakukan perkara yang generasi selepasnya tidak suka.
Ketika generasi muda hari ini mengeluh tentang boomer yang kononnya sukar menerima perubahan, suatu ketika dahulu boomer juga pernah menjadi golongan muda yang mencabar norma generasi sebelum mereka. Mereka juga pernah dianggap degil. Pernah dianggap memberontak. Pernah dianggap tidak menghormati tradisi.

Justeru, untuk maju kita jangan segan-silu bertanya, bertukar idea dan belajar. Ada waktunya kita harus lebih banyak mendengar daripada banyak bercakap. Tak kiralah kita ini tua atau muda. Mendengar. Tetapi hari ini terbalik. Ramai yang mahu bercakap tentang banyak perkara seolah-olah dia tahu semua. Kalau semua orang bercakap, siapa yang hendak mendengar?

Saya bosan berdepan dengan orang yang suka mendominasi perbualan. Dia sahaja yang bercakap. Dia sahaja ada teori dan formula serta fatwa. Cakap orang dia sambut sambil lewa sebab dia terlalu sibuk ingin membentangkan hujah dia sahaja. Apa yang saya perhatikan, mereka ini tak ke mana-mana. Dia hanya berada di takuk itu saja. Bertahun-tahun, kita hanya mendengar perkara yang sama sahaja dari mulutnya. Dia fikir dia ada maklumat terkini tetapi dek kerana dia tak berminat mendengar daripada pihak lain, pandangan dia lama-lama tak relevan.

Seharusnya kita saling mendengar dan berbincang mencari jalan tengah. Tidak ada salahnya menerima pandangan orang muda dan tidak semua nasihat orang tua tak sesuai. Asalkan fikiran kita terbuka dan ego kita turunkan. Cuma persoalannya, bolehkah impian ini direalisasikan atau perang ego generas ini memang sudah jadi lumrah yang karatnya sudah pekat untuk kita kikiskan?

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

시장 기회
디센트럴랜드 로고
디센트럴랜드 가격(MANA)
$0.06347
$0.06347$0.06347
-0.37%
USD
디센트럴랜드 (MANA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

추천 콘텐츠

Unleashing A New Era Of Seller Empowerment

Unleashing A New Era Of Seller Empowerment

The post Unleashing A New Era Of Seller Empowerment appeared on BitcoinEthereumNews.com. Amazon AI Agent: Unleashing A New Era Of Seller Empowerment Skip to content Home AI News Amazon AI Agent: Unleashing a New Era of Seller Empowerment Source: https://bitcoinworld.co.in/amazon-ai-seller-tools/
공유하기
BitcoinEthereumNews2025/09/18 00:10
CME Group to launch Solana and XRP futures options in October

CME Group to launch Solana and XRP futures options in October

The post CME Group to launch Solana and XRP futures options in October appeared on BitcoinEthereumNews.com. CME Group is preparing to launch options on SOL and XRP futures next month, giving traders new ways to manage exposure to the two assets.  The contracts are set to go live on October 13, pending regulatory approval, and will come in both standard and micro sizes with expiries offered daily, monthly and quarterly. The new listings mark a major step for CME, which first brought bitcoin futures to market in 2017 and added ether contracts in 2021. Solana and XRP futures have quickly gained traction since their debut earlier this year. CME says more than 540,000 Solana contracts (worth about $22.3 billion), and 370,000 XRP contracts (worth $16.2 billion), have already been traded. Both products hit record trading activity and open interest in August. Market makers including Cumberland and FalconX plan to support the new contracts, arguing that institutional investors want hedging tools beyond bitcoin and ether. CME’s move also highlights the growing demand for regulated ways to access a broader set of digital assets. The launch, which still needs the green light from regulators, follows the end of XRP’s years-long legal fight with the US Securities and Exchange Commission. A federal court ruling in 2023 found that institutional sales of XRP violated securities laws, but programmatic exchange sales did not. The case officially closed in August 2025 after Ripple agreed to pay a $125 million fine, removing one of the biggest uncertainties hanging over the token. This is a developing story. This article was generated with the assistance of AI and reviewed by editor Jeffrey Albus before publication. Get the news in your inbox. Explore Blockworks newsletters: Source: https://blockworks.co/news/cme-group-solana-xrp-futures
공유하기
BitcoinEthereumNews2025/09/17 23:55
Binance Perpetual Futures Revolution: QQQ and Major US Stocks Enter Crypto Derivatives Market with 10x Leverage

Binance Perpetual Futures Revolution: QQQ and Major US Stocks Enter Crypto Derivatives Market with 10x Leverage

BitcoinWorld Binance Perpetual Futures Revolution: QQQ and Major US Stocks Enter Crypto Derivatives Market with 10x Leverage In a groundbreaking move that bridges
공유하기
bitcoinworld2026/04/02 18:00