Menterinya Arthur Joseph Kurup berkata pihaknya tidak berkompromi atau melindungi mana-mana pihak sekiranya terbukti wujud sebarang salah laku.Menterinya Arthur Joseph Kurup berkata pihaknya tidak berkompromi atau melindungi mana-mana pihak sekiranya terbukti wujud sebarang salah laku.

NRES sedia kerjasama penuh siasatan SPRM isu pindah gajah ke Jepun, kata menteri

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Dara, Amoi dan KelatSPRM semalam mengesahkan kertas siasatan berhubung isu pemindahan tiga ekor gajah Asia dikenali Dara, Amoi dan Kelat telah dibuka susulan dakwaan berlaku ketirisan dan penyelewengan dalam urusan berkenaan. (Gambar MPT)

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan memberi kerjasama penuh dan menyeluruh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan berhubung proses pemindahan tiga ekor gajah Asia dikenali Dara, Amoi dan Kelat (DAK) dari Zoo Taiping ke Zoo Tennoji di Osaka, Jepun.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Arthur Joseph Kurup, berkata kementerian mengambil maklum mengenai siasatan yang sedang dijalankan dan menegaskan komitmennya terhadap prinsip ketelusan, akauntabiliti serta kedaulatan undang-undang dalam setiap aspek pengurusan hidupan liar negara.

“NRES sedia memberikan kerjasama penuh dan menyeluruh kepada pihak berkuasa sepanjang proses siasatan ini berlangsung bagi memastikan proses siasatan dapat dilengkapkan secara menyeluruh dan telus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Arthur berkata kementerian tidak berkompromi atau melindungi mana-mana pihak sekiranya terbukti wujud sebarang salah laku, penyelewengan atau pelanggaran prosedur dalam urusan pemindahan berkenaan.

Beliau berkata pendirian itu penting bagi memelihara integriti institusi serta nama baik negara di peringkat antarabangsa.

SPRM semalam mengesahkan kertas siasatan berhubung isu pemindahan DAK telah dibuka susulan dakwaan berlaku ketirisan dan penyelewengan dalam urusan berkenaan.

Pada 18 Jun lepas, pertubuhan Hak Asasi Hidupan Liar Malaysia (Hidup) telah menggesa SPRM menjalankan siasatan berhubung pemindahan DAK.

Pertubuhan berkenaan turut mendakwa terdapat bayaran berkaitan urusan tersebut yang tidak disalurkan kepada kerajaan selain mengaitkan beberapa individu dengan transaksi dianggarkan bernilai RM53 juta.

시장 기회
디센트럴랜드 로고
디센트럴랜드 가격(MANA)
$0.06564
$0.06564$0.06564
+1.15%
USD
디센트럴랜드 (MANA) 실시간 가격 차트

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order