Presiden Amanah, Mohamad Sabu, mahu perbezaan berhubung kerusi tamat apabila PH mengumumkan agihan.Presiden Amanah, Mohamad Sabu, mahu perbezaan berhubung kerusi tamat apabila PH mengumumkan agihan.

Jangan ‘biar kawan kalah’, Mat Sabu seru ahli menangkan semua calon

2026/06/20 06:30
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
mohamad mat sabuPresiden Amanah, Mohamad Sabu, kata semua ahli wajib memenangkan calon PH. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Presiden Amanah Mohamad Sabu menyeru semua ahli dan jentera agar bekerjasama memenangkan calon dipilih Pakatan Harapan (PH) pada PRN Johor kelak.

Beliau mengingatkan bahawa ‘membiarkan kawan kita kalah’ hanya akan merugikan PH, meleburkan impian menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

“Sama ada calon itu daripada Amanah, DAP, atau PKR, menjadi kewajipan buat kita semua untuk memenangkan mereka secara bersama,” katanya ketika berucap sempena pelancaran jentera Amanah Johor, malam tadi.

“Jangan ada di antara kita biar orang kita menang, biar kawan kita itu kalah. Kalau kita ada niat begitu, hilang satu dua kerusi, tak berpeluang kita ke Kota Iskandar pada 12 Julai nanti.”

PH akan mengumumkan agihan kerusi pada Isnin, menurut Setiausaha Agung Amanah Faiz Fadzil.

Berlatarkan pertikaian berhubung DUN Puteri Wangsa, Faiz meluahkan keyakinan penyokong akan akur dengan agihan kerusi itu nanti.

Mohamad memberitahu hadirin bahawa Amanah mempunyai ramai calon layak bertanding.

“Perbezaan-perbezaan itu akan berlaku tapi kita tamatkan dengan pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi PH Anwar Ibrahim pada 22 Jun nanti.

“Kita akan pergi sebagai satu pasukan PH,” katanya.

Sebelum ini, Amanah memaklumkan ia mahu mengambil semula kerusi Puteri Wangsa, yang menurutnya ‘dipinjamkan’ kepada Muda.

Namun, Naib Ketua PKR Johor Jimmy Puah berkata partinya yang akan mewakili PH di situ.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi PRN Johor pada 27 Jun, manakala hari pengundian pula pada 11 Julai selepas DUN dibubarkan pada 1 Jun.

DUN Johor mempunyai 56 kerusi dan sebelum pembubaran, Barisan Nasional (BN) menguasai 40 kerusi diikuti PH 12, Perikatan Nasional (PN) tiga, manakala Muda satu.

시장 기회
Matchain 로고
Matchain 가격(MAT)
$0.06411
$0.06411$0.06411
+4.80%
USD
Matchain (MAT) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel