Pengerusi Urimai berkata parti itu seolah-olah mudah menyerahkan Putrajaya kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim selepas memutuskan hubungan dengan Bersatu.Pengerusi Urimai berkata parti itu seolah-olah mudah menyerahkan Putrajaya kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim selepas memutuskan hubungan dengan Bersatu.

PAS persiakan peluang ke Putrajaya, kata Ramasamy

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
ramaPengerusi Urimai P Ramasamy, berkata sekiranya PN kekal bersatu gabungan berkenaan sepatutnya mampu memberikan cabaran sengit dalam pembentukan kerajaan persekutuan.

PETALING JAYA: PAS perlu menyalahkan diri sendiri kerana bertindak melemahkan blok pembangkang, sekali gus mempersiakan peluang keemasan mengambil alih Putrajaya, kata Pengerusi Urimai P Ramasamy.

Ramasamy, dari parti gabungan longgar Ikatan Prihatin Rakyat (IPR), berkata keputusan PAS memutuskan hubungan dengan Bersatu, berserta keputusan kepimpinan dalaman Perikatan Nasional (PN) menyumbang perpecahan pembangkang.

“Berkemungkinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan mengucapkan tahniah kepada kepimpinan PAS kerana berjaya melakukan satu pencapaian politik yang tidak mampu dicapai Pakatan Harapan (PH) sendiri,” katanya dalam kenyataan.

“Sama juga dengan pemimpin Umno yang mungkin akan melakukan perkara sama kerana (PAS) menyumbang kepada kelemahan barisan pembangkang.”

Ramasamy berkata, andai PN kekal bersatu, gabungan berkenaan sepatutnya mampu memberikan cabaran sengit membentuk kerajaan persekutuan.

“Ketidakupayaan kepimpinan PAS diterajui Hadi Awang untuk merebut peluang politik ini merupakan kelemahan terbesar parti itu,” katanya.

Katanya, PAS tidak pernah membentuk satu orientasi politik yang benar-benar bersifat nasional, sebaliknya hanya memperkukuh kekuatan di beberapa negeri sahaja, selain salah mencatur untuk membentuk gabungan meluas pilihan raya.

“Sekiranya, PAS mempunyai orientasi politik benar-benar bersifat nasional, sudah tentu boleh memulihkan hubungan dengan Bersatu. Perbezaan politik antara dua parti itu bukanlah sesuatu yang tidak boleh diatasi langsung,” katanya.

Meskipun berlaku perpecahan, Ramasamy berkata, masih terlalu awal mengetepikan Bersatu selain membayangkan parti tersebut masih mampu mengatur semula kedudukannya secara bersendirian.

“Bersatu yang kini bebas daripada dibebankan PAS berkemungkinan besar mampu muncul sebagai sebuah parti politik berbeza dari segi kualitinya, berbanding sebelum ini,” katanya.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0.00002851
$0.00002851$0.00002851
+2.81%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs