James Chin berkata parti baharu itu pada asasnya cuba menarik sokongan orang Melayu atau Islam bandar yang tidak selesa mengundi parti agama seperti PAS.James Chin berkata parti baharu itu pada asasnya cuba menarik sokongan orang Melayu atau Islam bandar yang tidak selesa mengundi parti agama seperti PAS.

Penganalisis jangka Wawasan ikut model Bersatu berteraskan Melayu

2026/06/18 08:30
3분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Hamzah ZainudinAgenda Reset Hamzah Zainudin bertujuan menyusun semula politik ke arah demokrasi lebih matang, stabil, berbilang kaum dan sederhana, menurut sekutu rapatnya.

PETALING JAYA: Parti Wawasan Negara (Wawasan) pimpinan Hamzah Zainudin mungkin tidak banyak pilihan selain mengikuti model Bersatu yang berteraskan Melayu jika mahu mendapat tempat dalam blok pembangkang, kata penganalisis James Chin.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Indera Mahkota Saifuddin Abdullah, yang juga sekutu rapat Hamzah berkata gerakan ‘Reset’ dipimpin Ahli Parlimen Larut itu bertujuan membawa penyusunan semula politik ke arah demokrasi yang lebih matang, stabil, berbilang kaum dan sederhana.

james chinJames Chin.

Namun Chin dari University of Tasmania, berkata Wawasan sukar menampilkan dirinya sebagai parti berbilang kaum kerana kedudukannya dilihat sebagai pengganti Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN).

“Hamzah tiada pilihan. Parti beliau pada asasnya bergantung kepada PAS, jadi Wawasan tidak boleh menjadi parti berbilang kaum,” katanya kepada FMT.

“Peranannya ialah menggantikan Bersatu dalam PN. Jadi dari segi keahlian dan lain-lain, ia perlu mengikut model Bersatu.

“Hamzah sebenarnya cuba mendekati orang Islam atau Melayu bandar yang tidak selesa mengundi parti agama seperti PAS. Bagi saya, Wawasan lebih kurang seperti cabang kecil PAS.”

Chin berkata sasaran Wawasan akhirnya tetap tertumpu kepada pengundi Bumiputera, manakala Gerakan dan MIPP dijangka mengisi ruang berbilang kaum dalam PN.

Ditanya sama ada Malaysia masih mempunyai ruang untuk sebuah lagi parti berteraskan Melayu, beliau berkata kejayaan pilihan raya lebih penting daripada jumlah parti yang wujud.

azmi hassanAzmi Hassan.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara turut sependapat dengan Chin dengan memberi hujahan, Hamzah sepanjang kerjaya politiknya yang panjang tidak pernah membawa ideologi berbilang kaum.

“Agak pelik jika Wawasan dijenamakan sebagai parti membawa falsafah seperti itu,” katanya.

Beliau menambah komposisi kaum dalam kalangan 13 Ahli Parlimen Bersatu yang berpihak kepada Hamzah juga menyukarkan parti itu dijenamakan sebagai parti berbilang kaum.

Azmi berkata landskap politik Malaysia masih kuat dipengaruhi politik berasaskan kaum, sekali gus menyukarkan parti berbilang kaum untuk berkembang secara sendiri.

“Saya fikir usaha menjenamakan Wawasan sebagai parti berbilang kaum memerlukan kerja keras, tetapi ia masih boleh dilakukan,” katanya.

Beliau berkata kerjasama rapat dengan PAS tidak semestinya menghalang Wawasan daripada membawa identiti yang lebih luas.

“Kita tahu Wawasan akan bekerjasama rapat dengan PAS, yang pada asasnya sangat berbeza daripada konsep parti berbilang kaum.

“Tetapi jika PAS boleh menerima Zaid Ibrahim, yang dianggap liberal, saya tidak nampak sebab mengapa Wawasan tidak boleh menjadi parti berbilang kaum dan pada masa sama bekerjasama rapat dengan PAS dalam keadaan ini.”

Hamzah memperkenalkan Wawasan pada konvensyen Reset di Tanah Merah, Kelantan, Sabtu lalu dengan perhimpunan agung tahunan pertamanya akan berlangsung minggu ini.

Beliau turut mengumumkan rancangan bekerjasama dengan PAS, Gerakan dan beberapa parti lain, sekali gus memberi isyarat hasratnya untuk menjadi sebahagian PN.

시장 기회
Particle Network 로고
Particle Network 가격(PARTI)
$0.05739
$0.05739$0.05739
-6.92%
USD
Particle Network (PARTI) 실시간 가격 차트

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order