Ahli Parlimen Larut berkata tak berbangkit isu Parti Wawasan Negara (Wawasan) tidak berdaftar dengan JPPM.Ahli Parlimen Larut berkata tak berbangkit isu Parti Wawasan Negara (Wawasan) tidak berdaftar dengan JPPM.

Parti baharu dah daftar cuma tukar nama, kata Hamzah

2026/06/17 23:57
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Hamzah ZainudinAhli Parlimen Larut Hamzah Zainudin melancarkan parti baharu, Parti Wawasan Negara (Wawasan) pada konvensyen Reset di Tanah Merah, Kelantan, 13 Jun lalu.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Larut Hamzah Zainudin menafikan dakwaan bahawa parti baharunya Parti Wawasan Negara (Wawasan) tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Hamzah berkata beliau mengambil alih parti yang sudah diluluskan pendaftarannya dengan JPPN cuma nama sahaja ditukar.

“Saya ambil alih parti, (cuma) nama sahaja ditukar,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri pertemuan bersama Ahli Parlimen pembangkang di Ibu Pejabat PAS.

Beliau mengulas dakwaan termasuk oleh pemimpin Bersatu yang mengatakan Wawasan yang diumumkan minggu lalu sebagai parti ‘scam’ kerana ia belum berdaftar dengan JPPM.

Pada 13 Jun lalu, Hamzah mengumumkan beliau menyertai sebuah parti baharu, dikenali sebagai Parti Wawasan Negara.

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, beritahu FMT bahawa Hamzah mengambil alih sebuah parti, namun tidak mendedahkan nama asal.

Semalam, ketua pengarah JPPM, Zulfikar Ahmad, berkata pihaknya masih belum menerima sebarang permohonan rasmi untuk penubuhan sebuah parti politik baharu yang menggunakan nama Parti Wawasan Negara.

Dalam perkembagan lain Hamzah berkata mesyuarat itu juga turut membincangkan persiapan Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi PRN Johor dan Negeri Sembilan.

Katanya, setiap Ahli Parlimen pembangkang akan turun membantu calon dalam dua PRN itu.

“Jadi rakan-rakan terutama Ahli Parlimen pembangkang akan turun membantu calon-calon kita. Itu dibincangkan,”katanya.

시장 기회
Particle Network 로고
Particle Network 가격(PARTI)
$0.06156
$0.06156$0.06156
+0.91%
USD
Particle Network (PARTI) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel