Ahli Parlimen Beluran berkata kedudukan Hamzah Zainudin utuh kerana dapat sokongan majoriti Ahli Parlimen pembangkang.Ahli Parlimen Beluran berkata kedudukan Hamzah Zainudin utuh kerana dapat sokongan majoriti Ahli Parlimen pembangkang.

Speaker ada kuasa sahkan siapa ketua pembangkang, kata Kiandee

2026/06/17 18:46
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Ronald Kiandee, Hamzah ZainudinAhli Parlimen Beluran Ronald Kiandee (kiri) berkata Hamzah Zainudin (kanan) dapat kepercayaan majoriti jelas Ahli Parlimen PAS secara secara en-bloc dan Bersatu secara majoriti. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, mempunyai kata putus untuk menentukan siapa yang mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen pembangkang sekali gus diiktiraf sebagai ketua pembangkang, kata Ahli Parlimen Beluran Ronald Kiandee.

Kiandee, yang merupakan timbalan speaker Dewan Rakyat dari 2008 hingga 2018, berkata berdasarkan Peraturan Mesyuarat 4A(4), speaker mempunyai kuasa untuk mengesahkan dan menentukan secara muktamad dan konklusif mengenai perkara itu.

Katanya, berdasarkan sistem sistem Westminster dan konvensyen Negara-Negara Commonwealth, pelantikan jawatan itu bersandarkan kepada jumlah sokongan Ahli Parlimen secara majoriti yang tidak terikat oleh keputusan dalaman sesebuah parti politik semata-mata.

“Speaker mempunyai kuasa untuk mengesahkan dan menentukan siapakah Ahli Parlimen yang mendapat sokongan majoriti dalam kalangan Ahli Parlimen Pembangkang,” katanya dalam satu hentaran di Facebook.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Ahmad Samsuri Mokhtar, menggantikan Hamzah Zainudin sebagai ketua pembangkang bulan lalu selepas Hamzah dipecat daripada Bersatu susulan krisis kepimpinan dengan Presiden parti, Muhyiddin Yassin.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, minggu lalu berkata Hamzah akan kembali sebagai ketua pembangkang, hanya dua bulan selepas melepaskan jawatan itu.

Berucap pada konvensyen Reset di Tanah Merah, Hadi berkata PAS telah mendapatkan pandangan Ahli Parlimen parti itu serta Ahli Parlimen yang menyokong Hamzah, termasuk 13 yang masih bersama Bersatu.

Kiandee berkata sokongan secara en-bloc daripada Ahli Parlimen dari PAS bukan sekadar pendirian politik, malah ia adalah tindakan memperkukuh struktur semak dan imbang parlimen berpaksikan amalan demokrasi.

Beliau berkata Peraturan 4A (3) jelas menetapkan bahawa seseorang itu menjadi ketua pembangkang kerana beliau memimpin ‘Kumpulan Pihak Pembangkang’ (keseluruhan blok), bukannya atas dasar hierarki mahupun keahlian dalam sebuah parti politik.

“Memandangkan Hamzah terus mendapat kepercayaan majoriti jelas Ahli Parlimen PAS secara secara en-bloc dan Bersatu secara majoriti kedudukan beliau adalah utuh dan tidak boleh diganggu gugat oleh mana-mana ketetapan dalaman parti,” katanya.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0.00003112
$0.00003112$0.00003112
+1.86%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel