Rampasan dilakukan polis Kedah dalam satu pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Bukit Kayu Hitam.Rampasan dilakukan polis Kedah dalam satu pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Bukit Kayu Hitam.

Penuntut IPT ditahan, polis rampas dadah RM1.17 juta

2026/06/17 09:45
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Menurut Timbalan Ketua Polis Kedah Baderulhisham Baharudin, suspek yang didapati positif dadah direman enam hari hingga Ahad depan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. (Gambar Bernama)

ALOR SETAR: Polis merampas dadah jenis bunga ganja seberat 14.63 kg dianggar bernilai RM1.17 juta dalam satu pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Isnin lepas.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Baderulhisham Baharudin, berkata dalam pemeriksaan itu, seorang lelaki tempatan yang juga pelajar di sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di Kuala Lumpur berusia 24 tahun turut ditahan.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan pacuan empat roda milik keluarga suspek telah menjumpai 13 bungkusan plastik berwarna hitam mengandungi bahan disyaki dadah jenis bunga ganja disorokkan di bahagian tempat duduk belakang kenderaan.

“Nilai keseluruhan rampasan dadah berjumlah RM1.17 juta. Dadah itu dianggarkan mampu dibekalkan kepada kira-kira 73,150 penagih dan berpotensi merosakkan kehidupan ratusan ribu masyarakat sekiranya berjaya dipasarkan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, semalam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek dipercayai berperanan sebagai penghantar bagi sindiket penyeludupan dadah yang membawa masuk bekalan dari negara jiran sebelum dihantar untuk pasaran Kuala Lumpur dan Johor.

“Modus operandi adalah dengan mendapatkan bekalan dadah di sekitar Danok, Thailand sebelum menyembunyikannya di bahagian tempat duduk belakang kenderaan dan membawa masuk ke Malaysia melalui Kompleks ICQS.

“Suspek mendakwa mula terlibat dalam aktiviti itu pada 25 Mei lepas dan mengaku telah berjaya membawa masuk bekalan dadah sebanyak empat kali sebelum ini untuk dihantar ke lokasi diarahkan oleh sindiket dengan menerima upah RM4,000 bagi setiap penghantaran,” katanya.

Baderulhisham berkata siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti rangkaian penuh sindiket, termasuk sumber bekalan, rangkaian pengedaran dan individu lain yang terlibat.

“Suspek yang juga positif dadah jenis ganja itu direman enam hari hingga Ahad depan untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan jika sabit kesalahan.

“Polis Kedah akan terus memperhebat operasi penguatkuasaan khususnya di pintu-pintu masuk negara bagi mengekang aktiviti penyeludupan dadah. Kerjasama orang ramai amatlah dihargai dalam menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan pengedaran dan penyeludupan dadah kepada pihak polis,” katanya.

Katanya, orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada mana-mana balai polis berhampiran atau melalui talian hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman di 012-2087222.

시장 기회
스타 아틀라스 다오 로고
스타 아틀라스 다오 가격(POLIS)
$0.01018
$0.01018$0.01018
0.00%
USD
스타 아틀라스 다오 (POLIS) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel