Chong Ton Sin dari Gerakbudaya menyatakan larangan itu tidak rasional kerana kedua-dua buku terbabit telah diedarkan selama bertahun-tahun.Chong Ton Sin dari Gerakbudaya menyatakan larangan itu tidak rasional kerana kedua-dua buku terbabit telah diedarkan selama bertahun-tahun.

Penerbit mohon cabar keputusan haram buku memoir anggota PKM

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Dari Awas ke Rejimen ke-10 dan Komrad Asi (Rejimen 10) Dalam Denyut Nihilisme SejarahKementerian Dalam Negeri telah mengharamkan dua buku bukan fiksyen, iaitu memoir yang ditulis oleh bekas anggota Parti Komunis Malaya.

KUALA LUMPUR: Pemilik dua syarikat penerbitan hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini untuk mencabar keputusan menteri dalam negeri mengharamkan memoir dua anggota Parti Komunis Malaya (PKM).

Penerbit Chong Ton Sin, yang memiliki Gerakbudaya dan Strategic Information and Research Development Centre, memohon perintah mahkamah untuk membatalkan larangan terhadap buku ‘Memoir Shamsiah Fakeh: Dari Awas ke Rejimen Ke-10’ dan ‘Komrad Asi (Rejimen 10): Dalam Denyut Nihilisme Sejarah’.

Kedua-dua buku itu ditulis oleh bekas anggota PKM, Shamsiah Fakeh dan Aziz Suriani.

Chong berkata larangan itu adalah ‘tidak rasional’ kerana kedua-dua buku tersebut telah berada dalam pasaran dan diedarkan selama bertahun-tahun.

Kementerian Dalam Negeri mewartakan larangan terhadap kedua-dua judul itu pada 11 dan 12 Februari lalu dengan alasan pemantauan berterusan serta risikan mendapati penerbitan yang mengandungi unsur dan ideologi komunis semakin terbuka edarannya di pasaran.

Mahkamah menetapkan 11 Ogos untuk mendengar permohonan Chong bagi mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Petaling Jaya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Lee Chean Chung dan Adun Bandar Utama daripada DAP Jamaliah Jamaluddin, yang juga cucu Shamsiah, mengkritik larangan tersebut.

Jamaliah berkata memoir itu memberi tumpuan kepada perjalanan hidup dan pengalaman neneknya serta tidak pernah mencetuskan sebarang aktiviti ekstremis.

Beliau turut melahirkan kekecewaan terhadap tindakan Kementerian Dalam Negeri yang disifatkannya sebagai ‘tidak berasas’ dan menggesa agar larangan itu dikaji semula.

시장 기회
톤코인 로고
톤코인 가격(GRAM)
$1.61
$1.61$1.61
+3.87%
USD
톤코인 (GRAM) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.