Mahkamah Tinggi memutuskan Bersatu gagal membuktikan SPRM menyalahgunakan kuasa apabila membekukan akaun bank parti itu.Mahkamah Tinggi memutuskan Bersatu gagal membuktikan SPRM menyalahgunakan kuasa apabila membekukan akaun bank parti itu.

Bersatu gagal batal pembekuan akaun bank

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Muhyiddin YassinMahkamah Tinggi mendapati SPRM tidak salah apabila meminta imigresen mengenakan sekatan perjalanan ke atas Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, semasa ia menjalankan siasatan. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Bersatu gagal membatalkan pembekuan ke atas dua akaun bank miliknya selepas Mahkamah Tinggi memutuskan parti itu gagal membuktikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyalahgunakan kuasa.

Hakim Aliza Sulaiman menyatakan Bersatu juga gagal menunjukkan tindakan SPRM menyalahi undang-undang, tidak wajar dari segi prosedur, tidak rasional, dilakukan dengan niat jahat, atau merupakan misfeasans dalam jawatan awam.

Beliau juga memutuskan SPRM tidak salah apabila meminta imigresen mengenakan sekatan perjalanan ke atas Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, semasa siasatan dijalankan tiga tahun lalu.

“Walaupun benar perintah pembekuan dalam kes ini tidak mengandungi sebarang arahan bahawa Muhyiddin tidak boleh meninggalkan negara atau dibenarkan berbuat demikian, bukti menunjukkan SPRM telah merujuk kepada imigresen untuk meminta sekatan perjalanan dikenakan ke atas beliau.

“Saya menerima bahawa SPRM dibenarkan berbuat demikian bagi tujuan memastikan proses siasatan jenayah dapat dijalankan tanpa gangguan,” katanya.

Muhyiddin sedang menghadapi empat pertuduhan salah guna kuasa dan dua pertuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan RM232.5 juta dan RM195 juta.

Pada 29 Mei 2023, Setiausaha Kerja Bersatu, Suhaimi Yahya, memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar pembekuan dua akaun parti tersebut.

Bersatu mendakwa akaun CIMB dan AmBank miliknya dibekukan pada April 2023 tanpa sebarang perintah penyitaan dikeluarkan bawah Seksyen 50(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA).

BERITA LANJUT MENYUSUL

Market Opportunity
Lorenzo Protocol Logo
Lorenzo Protocol Price(BANK)
$0.03653
$0.03653$0.03653
-1.48%
USD
Lorenzo Protocol (BANK) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel