Timbalan menteri pendidikan tinggi itu berkata dialog yang dirancang bulan lalu terpaksa tangguh atas faktor kekangan pihak yang ingin dilibatkan.Timbalan menteri pendidikan tinggi itu berkata dialog yang dirancang bulan lalu terpaksa tangguh atas faktor kekangan pihak yang ingin dilibatkan.

Dialog terbuka dengan kumpulan mahasiswa diteruskan, kata Adam Adli

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Adam AdliTimbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli berkata pejabat beliau akan menghubungi Liga Mahasiswa Malaysia dalam masa terdekat untuk beri penerangan lanjut mengenai pelaksanaan dialog itu.

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli berkata satu dialog terbuka bersama satu gerakan mahasiswa yang dirancang bulan lalu terpaksa ditangguhkan atas sebab kekangan beberapa pihak yang ingin dilibatkan atas permintaan kumpulan pelajar itu sendiri.

Adam berkata dialog tersebut masih dalam rancangan untuk dilaksanakan dan baru-baru ini keputusan dibuat supaya dialog itu diteruskan tanpa perlu menunggu penglibatan pihak lain.

“Pihak pejabat saya akan menghubungi Liga Mahasiswa Malaysia serta beberapa gerakan mahasiswa lain dalam masa terdekat untuk memberikan penerangan lanjut mengenai pelaksanaannya.

“Komitmen asal yang telah dipersetujui sebelum ini kekal dan akan diteruskan,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Liga Mahasiswa Malaysia mempersoalkan kegagalan Adam menunaikan janji mengadakan dialog terbuka bersama gerakan mahasiswa yang sepatutnya berlangsung selewat-lewatnya pada Mei lalu.

Kumpulan itu menyifatkan ketiadaan sebarang perkembangan selepas lebih dua minggu memasuki Jun membuktikan komitmen berkenaan hanya retorik politik bagi meredakan tekanan dan kemarahan mahasiswa.

Sementara itu, Adam berkata beliau juga meminta Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk meneliti semula pertuduhan terhadap dua pelajar yang berdepan prosiding tatatertib susulan pembabitan dalam protes perobohan rumah di Kudat pada Mei lalu.

Beliau berkata tindakan mendakwa dan akhirnya menghukum adalah janggal bagi pelajar yang tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan di mahkamah.

Katanya, mahasiswa harus terus dibenarkan untuk menguji pemikiran kritis, perbahasan sihat dan penglibatan dalam politik dan demokrasi, walaupun jika dilihat bertentangan dengan kerajaan.

“Saya positif pendekatan yang lebih seimbang dan berhemah dapat dicapai demi menjaga kebajikan mahasiswa serta memelihara integriti institusi

“Namun sekiranya pihak universiti tetap memilih untuk meneruskan prosiding tatatertib, saya sendiri bersedia untuk hadir bersama bagi memastikan proses yang berlangsung adalah adil serta memberi ruang sewajarnya kepada mahasiswa untuk membela diri,” katanya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.0000312
$0.0000312$0.0000312
+2.12%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel