Wakil rakyat ditemui bercakap tentang kempen PN menghadapi PRN Johor dan Negeri Sembilan, kedudukan ketua pembangkang, dan persiapan untuk Parlimen.Wakil rakyat ditemui bercakap tentang kempen PN menghadapi PRN Johor dan Negeri Sembilan, kedudukan ketua pembangkang, dan persiapan untuk Parlimen.

Mesyuarat HQ PAS tak bincang singkir Bersatu, kata Rosol

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Rosol WahidAhli Parlimen Rosol Wahid ditemui pemberita selepas mesyuarat di ibu pejabat PAS malam tadi.

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Ahli Parlimen pembangkang di ibu pejabat malam tadi tidak membincangkan penyingkiran Bersatu daripada Perikatan Nasional (PN), menurut seorang peserta.

“Isu nak keluarkan Bersatu dalam PN tak dibincangkan,” kata Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid, kepada pemberita selepas mesyuarat.

Para wakil rakyat yang ditemui pemberita bercakap tentang kempen Perikatan Nasional (PN) menghadapi PRN Johor dan Negeri Sembilan, serta kedudukan ketua pembangkang.

Rosol memaklumkan bahawa mesyuarat membincangkan persiapan untuk pembukaan Parlimen. Menurut takwim Parlimen, mesyuarat kedua bagi penggal ke-5 Parlimen ke-15 akan bersidang dari 22 Jun sehingga 16 Julai.

“Kita bincang kedudukan ketua pembangkang, hala tuju PRN, soal tukar kedudukan kerusi dalam Parlimen tak bincang lagi, semua setuju Hamzah Zainudin kekal ketua pembangkang,” tambahnya.

Selain wakil rakyat PAS dan Rosol, turut hadir pada mesyuarat Ahli Parlimen malam ini adalah Hamzah (Larut), Ronald Kiandee (Beluran), Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah), dan Abdul Khalib Abdullah (Rompin).

Mesyuarat malam ini menjadi perhatian di sebalik cakap-cakap bahawa perbincangan akan menyentuh kedudukan Bersatu dalam PN.

Nasib Bersatu menjadi persoalan, susulan terhentinya kerjasama politik dengan PAS.

Seorang pemimpin PAS yang minta tidak dinamakan menolak dakwaan mesyuarat itu akan menentukan kedudukan Bersatu dalam PN, memandangkan hal itu memerlukan keputusan bersama parti komponen, maka ia akan dibincangkan di peringkat majlis tertinggi gabungan.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00003095
$0.00003095$0.00003095
+1.30%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel