Menteri Pengangkutan yang juga setiausaha agung DAP mengarahkan JPJ mengeluarkan kompaun kepada sesiapa yang didapati melanggar undang-undang.Menteri Pengangkutan yang juga setiausaha agung DAP mengarahkan JPJ mengeluarkan kompaun kepada sesiapa yang didapati melanggar undang-undang.

Loke tegur jentera PH, DAP tunggang motosikal tanpa topi keledar

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
riding m-cycles without helmets prnSatu video tular memaparkan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Sheikh Umar Bagharib Ali yang dilihat menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook menegur anggota jentera pilihan raya Pakatan Harapan (PH) dan DAP di Johor kerana menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar ketika berkempen.

Loke, yang juga setiausaha agung DAP, berkata beliau telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan kompaun kepada sesiapa sahaja yang didapati melanggar undang-undang tanpa mengira latar belakang politik.

“Ini termasuk mereka yang terlibat dalam konvoi kempen PH di Johor yang tular,” katanya dalam satu kenyataan.

“Undang-undang mesti dikuatkuasakan secara adil dan saksama terhadap semua rakyat Malaysia. Saya tidak akan berkompromi dengan prinsip ini, walaupun melibatkan rakan seperjuangan dalam parti. Keselamatan orang ramai mengatasi segala kepentingan politik.”

Loke turut berkata beliau konsisten dengan pendirian itu sejak 2020 apabila mengkritik pemimpin Barisan Nasional (BN) yang berkempen dalam PRK Slim kerana menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.

Terdahulu, tular satu video memaparkan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Sheikh Umar Bagharib Ali yang dilihat menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Activate to Enjoy Special Perks

Activate to Enjoy Special PerksActivate to Enjoy Special Perks

Access 0 fees, premium support, and loss coverage.