Calon PH itu berkata Johor tidak mempunyai dasar khusus untuk golongan orang kurang upaya.Calon PH itu berkata Johor tidak mempunyai dasar khusus untuk golongan orang kurang upaya.

Maszlee mahu jadikan Puteri Wangsa lebih mesra OKU

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
CALON PH PUTERI WANGSA-DR MASZLEE MALIKCalon PH bagi Puteri Wangsa, Maszlee Malik juga mahu mewujudkan lebih banyak ruang awam yang mesra wanita hamil, kanak-kanak serta individu yang mengalami kekangan pergerakan.

JOHOR BAHRU: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Puteri Wangsa, Maszlee Malik, berjanji menjadikan kawasan itu lebih mesra orang kurang upaya (OKU) dengan mengusulkan dasar khusus dan penubuhan agensi negeri yang bertanggungjawab terhadap kebajikan golongan itu sekiranya beliau dipilih pada PRN 11 Julai ini.

Maszlee berkata Johor, walaupun mempunyai lebih 95,000 OKU berdaftar, masih kekurangan kerangka dasar yang menyeluruh bagi memenuhi keperluan mereka.

“Tidak seperti Selangor, kita tidak mempunyai dasar khusus untuk mereka. Kita juga tidak mempunyai agensi negeri yang khusus untuk menjaga kebajikan, pendidikan dan kesejahteraan mereka,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian ketika mengunjungi Chikopi, sebuah kafe yang diusahakan oleh seorang OKU dan turut menggaji pekerja dalam kalangan OKU.

Katanya, usaha mewujudkan kerangka tersebut merupakan sebahagian daripada manifesto PH, ‘Johor untuk Semua’, dan antara pembaharuan yang akan diperjuangkannya dalam tempoh 100 hari pertama sekiranya gabungan itu membentuk kerajaan negeri.

Maszlee berkata idea itu lahir daripada cita-cita yang telah lama dipupuk hasil penglibatannya bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak golongan OKU.

“Ini adalah sebahagian daripada impian saya. Ketika saya aktif bersama NGO yang memperjuangkan hak golongan berkeperluan khas, saya sentiasa mengimpikan sebuah kafe seperti ini,” katanya merujuk kepada Chikopi.

Beliau turut berkata akan meneliti usaha mewujudkan lebih banyak ruang awam yang mesra wanita hamil, kanak-kanak serta individu yang mengalami kekangan pergerakan sama ada secara sementara atau kekal.

“Perkara terbaik yang boleh dilakukan oleh seorang ahli politik ialah mendengar. Kadangkala ahli politik lebih suka orang mendengar mereka, tetapi kunci kepimpinan ialah mendengar suara rakyat,” katanya ketika ditanya mengenai keutamaan beliau.

Mengimbas lawatan pertamanya ke Tokyo pada 2001, Maszlee berkata beliau kagum melihat bagaimana individu cacat penglihatan dapat bergerak dengan mudah di bandar itu.

“Ia sebuah bandar yang mesra OKU penglihatan kerana segala kemudahan yang disediakan. Saya berharap Puteri Wangsa, sama ada di Mount Austin, Taman Daya atau kawasan lain, juga akan menjadi kawasan yang mesra OKU penglihatan,” katanya.

Pada PRN Sabtu ini, Maszlee akan berdepan calon Muda, Rashifa Aljunied; calon Barisan Nasional (BN), Teow Chia Ling; calon Bersama, Nicholas Paul Vincent; serta calon Bebas, Wang Wee Siong.

Dalam PRN Johor 2022, calon Muda, Amira Aisya Abdul Aziz, memenangi kerusi Puteri Wangsa dengan memperoleh 22,884 undi dan majoriti 7,114 undi.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs