Asrul Sani berkata Puad Zarkashi merupakan ahli 'lama' yang pengundurannya 'membawa kesan simbolik yang besar'.Asrul Sani berkata Puad Zarkashi merupakan ahli 'lama' yang pengundurannya 'membawa kesan simbolik yang besar'.

Tindakan Puad keluar Umno boleh beri manfaat pihak lawan, kata penganalisis

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Puad Zarkashi‘Pemain politik tegar’ Umno, Puad Zarkashi umum keluar parti itu, dua hari sebelum penamaan calon bagi PRN Johor

PETALING JAYA: Pengumuman Puad Zarkashi keluar Umno mengukuhkan persepsi bahawa wujud rasa tidak puas hati dalaman dalam parti itu, yang boleh dimanfaatkan oleh pihak lawan dalam PRN Johor akan datang, kata seorang penganalisis.

Asrul Sani, naib presiden bersekutu The Asia Group, berkata Puad, salah seorang veteran Umno, bukanlah ahli biasa.

Sebagai antara ‘pejuang politik’ parti itu, pengunduran Puad membawa ‘kesan simbolik yang besar’ , katanya.

Asrul berkata Puad telah memainkan peranan penting dalam memastikan Umno terus bertahan, termasuk ketika Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan pada 2016 dan mengubah ‘ketidakpuasan dalaman parti itu menjadi cabaran pilihan raya yang teratur melalui Bersatu”, serta ketika Shafie Apdal keluar daripada parti.

Asrul Hadi Abdullah SaniAsrul Sani.

Asrul berkata pengunduran seperti itu mempunyai kepentingan politik kerana ia boleh menyebabkan rasa tidak puas hati individu atau puak berkembang menjadi platform penentangan yang lebih besar.

“Kes Puad belum sampai ke tahap itu, tetapi ia boleh menjadi lebih signifikan jika ia menggalakkan orang lain keluar parti atau melemahkan mobilisasi di peringkat akar umbi,” katanya kepada FMT.

Asrul turut berkata tindakan bekas Ahli Parlimen Batu Pahat itu menunjukkan bahawa walaupun Umno memiliki jentera yang kuat, ia tidak kebal daripada rasa tidak puas hati, politik puak dan pertikaian berkaitan pemilihan calon.

“Ia memberi ruang kepada lawan untuk mempersoalkan disiplin dan kesiapsiagaan Umno menghadapi pilihan raya, manakala sebarang perpecahan dalam parti boleh digunakan sebagai naratif lebih luas bahawa parti pemerintah itu berpecah, defensif dan tidak mahu melakukan pembaharuan.”

Puad, ahli Majlis Tertinggi Umno, keluar daripada parti itu semalam dengan berkata beliau tidak lagi mampu berdiam diri mengenai apa yang disifatkannya sebagai kekurangan autonomi dalam membuat keputusan di Umno Johor.

Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki kemudian mendakwa Puad pernah mengugut untuk keluar parti dan mengkritiknya secara terbuka jika anaknya tidak dicalonkan bagi kerusi Rengit pada pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, Zaidi Japar telah dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Rengit apabila gabungan itu mengumumkan senarai calonnya pada Rabu untuk PRN pada 11 Julai.

Asrul berkata walaupun kenyataan Asyraf mungkin membantu Umno menggambarkan isu itu sebagai masalah peribadi, respons tersebut turut memberi kesan negatif kerana menjadikan pertikaian itu lebih terbuka dan bersifat peribadi.

“Sama ada ini menjadi perpecahan sebenar bergantung kepada sama ada Puad dapat membawa penyokong parti bersamanya, atau sama ada Umno mampu segera merapatkan barisan.”

Namun, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata pengunduran Puad tidak mungkin menyebabkan perpecahan dalam parti kerana ramai di Johor memahami dinamika politik negeri itu.

Azmi HassanAzmi Hassan.

Katanya, Puad hanyalah ‘tokoh bersendirian’ dalam isu tersebut.

Azmi juga berkata kenyataan Asyraf dan penjelasan Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri telah menafikan alasan yang dikemukakan Puad.

“Jadi saya tidak nampak ahli Umno menyokong Puad dalam perkara ini. Dia bergerak sendiri.”

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002751
$0.00002751$0.00002751
+4.76%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

You May Also Like

Unleashing A New Era Of Seller Empowerment

Unleashing A New Era Of Seller Empowerment

The post Unleashing A New Era Of Seller Empowerment appeared on BitcoinEthereumNews.com. Amazon AI Agent: Unleashing A New Era Of Seller Empowerment Skip to content Home AI News Amazon AI Agent: Unleashing a New Era of Seller Empowerment Source: https://bitcoinworld.co.in/amazon-ai-seller-tools/
Share
BitcoinEthereumNews2025/09/18 00:10
CME Group to launch Solana and XRP futures options in October

CME Group to launch Solana and XRP futures options in October

The post CME Group to launch Solana and XRP futures options in October appeared on BitcoinEthereumNews.com. CME Group is preparing to launch options on SOL and XRP futures next month, giving traders new ways to manage exposure to the two assets.  The contracts are set to go live on October 13, pending regulatory approval, and will come in both standard and micro sizes with expiries offered daily, monthly and quarterly. The new listings mark a major step for CME, which first brought bitcoin futures to market in 2017 and added ether contracts in 2021. Solana and XRP futures have quickly gained traction since their debut earlier this year. CME says more than 540,000 Solana contracts (worth about $22.3 billion), and 370,000 XRP contracts (worth $16.2 billion), have already been traded. Both products hit record trading activity and open interest in August. Market makers including Cumberland and FalconX plan to support the new contracts, arguing that institutional investors want hedging tools beyond bitcoin and ether. CME’s move also highlights the growing demand for regulated ways to access a broader set of digital assets. The launch, which still needs the green light from regulators, follows the end of XRP’s years-long legal fight with the US Securities and Exchange Commission. A federal court ruling in 2023 found that institutional sales of XRP violated securities laws, but programmatic exchange sales did not. The case officially closed in August 2025 after Ripple agreed to pay a $125 million fine, removing one of the biggest uncertainties hanging over the token. This is a developing story. This article was generated with the assistance of AI and reviewed by editor Jeffrey Albus before publication. Get the news in your inbox. Explore Blockworks newsletters: Source: https://blockworks.co/news/cme-group-solana-xrp-futures
Share
BitcoinEthereumNews2025/09/17 23:55
Binance Perpetual Futures Revolution: QQQ and Major US Stocks Enter Crypto Derivatives Market with 10x Leverage

Binance Perpetual Futures Revolution: QQQ and Major US Stocks Enter Crypto Derivatives Market with 10x Leverage

BitcoinWorld Binance Perpetual Futures Revolution: QQQ and Major US Stocks Enter Crypto Derivatives Market with 10x Leverage In a groundbreaking move that bridges
Share
bitcoinworld2026/04/02 18:00